Sabda Rasulullah SAW :
“Sebaik baik perempuan (isteri) ialah apabila dipandang oleh suaminya, mengembirakannya. Apabila disuruh oleh suaminya ia menurut saja tanpa ingkar, jika suaminya tiada, ia akan memelihara harta suaminya dan juga dirinya. Perempuan yang derhaka kepada suaminya tidak boeh diberi nafkah dan bahagiannya.”
Sabda Rasulullah SAW lagi, mafhumnya:
“ Apabila waktu malam, si isteri meninggalkan tempat tidur suaminya, dilaknati oleh semua malaikat hingga subuh”
Sabda Nabi (SAW) mafhumnya:
”Sesiapa yang sabar terhadap perangai isterinya, Allah Taala akan mendatangkan upah pahala seperti Nabi Ayub a.s. Sesiapa yang sabar atas perangai jahat suaminya, Allah Taala akan memberikan upah pahala seperti pahala Nabi Ayub a.s dan upah pahala mati syahid perang fi sabillillah”.
Sabda Nabi SAW lagi,
”Sesiapa yang menganiaya suaminya dan memberatkan suaminya yang tidak mampu melakukannya serta menyakiti hati suaminya, nescaya dilaknati oleh Malaikatul Rahmat dan malaikat azab”.
Berkata Rasulullah SAW, mafhumnya:
”Apabila menunaikan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan ramadhan, memelihara kemaluannya selain suaminya dan taat kepada suaminya, berkata seorang kepadanya: ’Masuklah ke syurga dari mana-mana pintu yang anda sukai’.”
Kemudian telah datang seorang perempuan bertanya kepada Rasulullah tentang bahagian yang di perolehi oleh wanita
dalam peperangan, berbanding diberikan pahala yang amat besar itu kepada kaum lelaki. Jika mereka terbunuh dalam peperangan, mereka akan hidup di sisi Allah SWT dengan pemberian rezeki kepada mereka yang berupa buah-buahan syurga, segala roh mereka berada dalam biang-biang burung yang hijau di dalam syurga. Jadi, apakah kaum wanita ini, hanya berkhidmat menolong mereka, adakah juga mendapat pampasan pahala daripada peperangan tersebut? Jawab Rasulullah SAW, mafhumnya:
” Aku pernah bertemu dengan seorang perempuan yang sangat taat kepada suaminya dan membayarkan hak suaminya, sama pahalanya dengan perang sabilillah”.
Sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah An-Nisa, ayat 32 :
”Bagi kaum lelaki ada bahagian yang diusahakan dan bagi kaum wanita pula ada bahagian yang diusahakannya. Pahala yang diperolehi kaum lelaki adalah disebabkan usaha beperang di jalan Allah, manakala kaum perempuan pula, mendapat pahala kerana beruasaha menjaga kemaluannya, taat kepada Allah Taala dan taat kepada suaminya”
Pahala kaum lelaki dan kaum wanita di akhirat adalah sama bersamaan satu kebaikan sepuluh kali ganda. Wajib bagi kaum perempuan (isteri) sentiasa mengekalkan perasaan malunya kepada suaminya, patuh kepada suaminya, patuh dengan perintah suami, diam ketika suami sedang bercakap, berdiri ketika datang suaminya dan menunjukkan kasih sayang (manjanya) kepada suaminya, menghampiri suaminya ketika hendak tidur, memakai bau-bauan yang wangi, memastikan mulut tidak berbau, membersihkan pakaian, sentiasa bersolek dan berhias apabila bersama suaminya dang mengeakkan daripada berhias ketika suaminya tiada di sampingnya dan menjauhkan dirinya daripada berkelakuan khianat terhadap harta dan tempat tidur suaminya, ketika suaminya tiada di sisinya.
Sabda Nabi SAW, mafhumnya:
” Tidak halal bagi perempuan (isteri) memberikan makanan kepada seseorang di rumahnya tanpa kebenaran suaminya, melainkan makanan yang yang ditakuti akan membinasakan seseorang, jika diberi dengan keizinan suaminya, maka pahalanya diperolehi oleh isterinya. Sebaliknya, kalau isteri memberikan makanan tersebut tanpa kebenaran suaminya, maka pahalanya suami dapat manakala si isteri mendapat dosa. Seorang isteri tidak ditegah dirinya bersama dengan suaminya walaupun isteri berada di belakang unta sekali pun.”
Berkata Ibnu Abbas r.a bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda mafhumnya:
”Jika seseorang isteri mendirikan solat sepanjang malam dan berpuasa sepanjang hari, apabila suaminya mengajak isterinya ke tempat tidur, si isteri terlewat dalam satu saat, maka pada hari kiamat nanti, perempuan (isteri) itu datang dengan dirantai berserta syaitan menuju ke dalam neraka yang terkebawah sekali”
Sabda Rasulullah SAW mafhumnya:
”Bagaimana carapun kalau isteri meminta suaminya menceraikannya (talak) tanpa benar-benar berhajat, umpama suaminya sering menyusahkannya, maka dilarang (diharamkan) perempuan itu bau-bauan syurga.”
Berkata Abu Bakar al Siddiq r.a bahawa dia mendengar Rasulullah SAW berkata, mafhumnya:
”Apabila berkata seorang isteri kepada suaminya: ’Ceraikanlah aku”, pada hari kiamat nanti, perempuan itu datang tanpa berdaging di bahagian mukanya, lidahnya terjulur sampai ke tengkuknya dan akan di campakkan ke kerak api neraka jahanam, walaupun perempuan (isteri) itu rajin berpuasa sepanjang hari dan sentiasa sembahyang sepanjang malam”
Nabi SAW bersabda mengatakan bahawa ada 4 orang isteri dalam syurga dan 4 orang isteri di dalam neraka.
- 4 orang perempuan yang masuk dalam syurga ialah:
- Perempuan yang memelihara dirinya daripada yang haram dan yang taat kepada suaminya
- Yang banyak Anak
- Sabar
- Memadai apa yang ada walaupun sedikit bersama suaminya.
- Antara orang perempuan yang masuk dalam neraka ialah:
- Perempuan yang amat keji idahnya (bercakap kasar) dengan suaminya
- Jika suaminya tidak ada di sisinya, dia tidak menjaga kehormatannya
- Jika suaminya berada bersamanya, dia menyakiti hati suaminya dengan percakapan yang kasar (dengan menggunakan kata-kata kesat)
Berkata Aisyah r.a :
”Kalau keluarga isterinya mengetahui hak suami terhadap isterinya, tentu mereka mahukan kamu sebagai isteri menyapu habuk di bahagian tumit suaminya dengan mukanya”
Ingatlah bahawa Nabi SAW pernah bersabda, mafhumnya:
”Pada hari kiamat nanti, mula-mula sekali perempuan (isteri) akan ditanya tentang sembahyang dan tentang suaminya iaitu yang berkaitan dengan hak suaminya”
Ronin
Mistaken Identity





