Category: Ruangan Khas


Gambar Hiasan

Sabda Rasulullah SAW :

“Sebaik baik perempuan (isteri) ialah apabila dipandang oleh suaminya, mengembirakannya. Apabila disuruh oleh suaminya ia menurut saja tanpa ingkar, jika suaminya tiada, ia akan memelihara harta suaminya dan juga dirinya. Perempuan yang derhaka kepada suaminya tidak boeh diberi nafkah dan bahagiannya.”

Sabda Rasulullah SAW lagi, mafhumnya:

“ Apabila waktu malam, si isteri meninggalkan tempat tidur suaminya, dilaknati oleh semua malaikat hingga subuh”

 Sabda Nabi (SAW) mafhumnya:

”Sesiapa yang sabar terhadap perangai isterinya, Allah Taala akan mendatangkan upah pahala seperti Nabi Ayub a.s. Sesiapa yang sabar atas perangai jahat suaminya, Allah Taala  akan memberikan upah pahala seperti pahala Nabi Ayub a.s dan upah pahala mati syahid perang fi sabillillah”.

Sabda Nabi SAW lagi,

”Sesiapa yang menganiaya suaminya dan memberatkan suaminya yang tidak mampu melakukannya serta menyakiti hati suaminya, nescaya dilaknati oleh Malaikatul Rahmat dan malaikat azab”.

 Berkata Rasulullah SAW, mafhumnya:

”Apabila menunaikan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan ramadhan, memelihara kemaluannya selain suaminya dan taat kepada suaminya, berkata seorang kepadanya: ’Masuklah ke syurga dari mana-mana pintu yang anda sukai’.”

 Kemudian telah datang seorang perempuan bertanya kepada Rasulullah tentang bahagian yang di perolehi oleh wanita dalam peperangan, berbanding diberikan pahala yang amat besar itu kepada kaum lelaki. Jika mereka terbunuh dalam peperangan, mereka akan hidup di sisi Allah SWT dengan pemberian rezeki kepada mereka yang berupa buah-buahan syurga, segala roh mereka berada dalam biang-biang burung yang hijau di dalam syurga. Jadi, apakah kaum wanita ini, hanya berkhidmat menolong mereka, adakah juga mendapat pampasan pahala daripada peperangan tersebut? Jawab Rasulullah SAW, mafhumnya:

” Aku pernah bertemu dengan seorang perempuan yang sangat taat kepada suaminya dan membayarkan hak suaminya, sama pahalanya dengan perang sabilillah”.

 Sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah An-Nisa, ayat 32 :

”Bagi kaum lelaki ada bahagian yang diusahakan dan bagi kaum wanita pula ada bahagian yang diusahakannya. Pahala yang diperolehi kaum lelaki adalah disebabkan usaha beperang di jalan Allah, manakala kaum perempuan pula, mendapat pahala kerana beruasaha menjaga kemaluannya, taat kepada Allah Taala dan taat kepada suaminya”

Pahala kaum lelaki dan kaum wanita di akhirat adalah sama bersamaan satu kebaikan sepuluh kali ganda. Wajib bagi kaum perempuan (isteri) sentiasa mengekalkan perasaan malunya kepada suaminya, patuh kepada suaminya, patuh dengan perintah suami, diam ketika suami sedang bercakap, berdiri ketika datang suaminya dan menunjukkan kasih sayang (manjanya) kepada suaminya, menghampiri suaminya ketika hendak tidur, memakai bau-bauan yang wangi, memastikan mulut tidak berbau, membersihkan pakaian, sentiasa bersolek dan berhias apabila bersama suaminya dang mengeakkan daripada berhias ketika suaminya tiada di sampingnya dan menjauhkan dirinya daripada berkelakuan khianat terhadap harta dan tempat tidur suaminya, ketika suaminya tiada di sisinya.

 Sabda Nabi SAW, mafhumnya:

” Tidak halal bagi perempuan (isteri) memberikan makanan kepada seseorang di rumahnya tanpa kebenaran suaminya, melainkan makanan yang yang ditakuti akan membinasakan seseorang, jika diberi dengan keizinan suaminya, maka pahalanya diperolehi oleh isterinya. Sebaliknya, kalau isteri memberikan makanan tersebut tanpa kebenaran suaminya, maka pahalanya suami dapat manakala si isteri mendapat dosa. Seorang isteri tidak ditegah dirinya bersama dengan suaminya walaupun isteri berada di belakang unta sekali pun.”

Gambar Hiasan

Berkata Ibnu Abbas r.a bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda mafhumnya:

”Jika seseorang isteri mendirikan solat sepanjang malam dan berpuasa sepanjang hari, apabila suaminya mengajak isterinya ke tempat tidur, si isteri terlewat dalam satu saat, maka pada hari kiamat nanti, perempuan (isteri) itu datang dengan dirantai berserta syaitan menuju ke dalam neraka yang terkebawah sekali”

Sabda Rasulullah SAW mafhumnya:

”Bagaimana carapun kalau isteri meminta suaminya menceraikannya (talak) tanpa benar-benar berhajat, umpama suaminya sering menyusahkannya, maka dilarang (diharamkan) perempuan itu bau-bauan syurga.”

 Berkata Abu Bakar al Siddiq r.a bahawa dia mendengar Rasulullah SAW berkata, mafhumnya:

”Apabila berkata seorang isteri kepada suaminya: ’Ceraikanlah aku”, pada hari kiamat nanti, perempuan itu datang tanpa berdaging di bahagian mukanya, lidahnya terjulur sampai ke tengkuknya dan akan di campakkan ke kerak api neraka jahanam, walaupun perempuan (isteri) itu rajin berpuasa sepanjang hari dan sentiasa sembahyang sepanjang malam”

Nabi SAW bersabda mengatakan bahawa ada 4 orang isteri dalam syurga dan 4 orang isteri di dalam neraka.

  1. 4 orang perempuan yang masuk dalam syurga ialah:
    1. Perempuan yang memelihara dirinya daripada yang haram dan yang taat kepada suaminya
    2. Yang banyak Anak
    3. Sabar
    4. Memadai apa yang ada walaupun sedikit bersama suaminya.
  1. Antara orang perempuan yang masuk dalam neraka ialah:
    1. Perempuan yang amat keji idahnya (bercakap kasar) dengan suaminya
    2. Jika suaminya tidak ada di sisinya, dia tidak menjaga kehormatannya
    3. Jika suaminya berada bersamanya, dia menyakiti hati suaminya dengan percakapan yang kasar (dengan menggunakan kata-kata kesat)

Berkata Aisyah r.a :

”Kalau keluarga isterinya mengetahui hak suami terhadap isterinya, tentu mereka mahukan kamu sebagai isteri menyapu habuk di bahagian tumit suaminya dengan mukanya”

Ingatlah bahawa Nabi SAW pernah bersabda, mafhumnya:

”Pada hari kiamat nanti, mula-mula sekali perempuan (isteri) akan ditanya tentang sembahyang dan tentang suaminya iaitu yang berkaitan dengan hak suaminya”

 Ronin

Mistaken Identity

Muharram Datang Lagi...

Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwin Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaituAllah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaana Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk – makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya
kehormatannya.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam”. (Sahih Muslim)

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.;”Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yangg bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun.” Riwayat Albazzar

10 Muharram

  • 10 Muharram – Dinamakan juga Hari Asyura.
    Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan
    kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan
    keadilah dan kebenaran.
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan ‘Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah Assalamu’alaikum penghormatan kepadanya.” (QS. al-Azhab: 56)

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

  1. Berpuasa. Maksud
    Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah.
    Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati.
    Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi
    Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca  “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

..semoga keberkatan bulan Muharram ini dapat dikongsi bersama…

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Gambar Hiasan

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

Gambar hiasan

Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/ peranan isteri terhadap suami.

Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :-

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami :
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami :
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami :
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami :
Fadhilat : mendapat pahala syahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami :
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak :
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain,suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan steri pada anak-anak berterusan dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan :
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya terus masuk syurga.

Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda 

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari ‘Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

Gambar Hiasan

Berubah Untuk Menikmati Perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai Sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk  membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah Sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari Seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang Sanggup anda beri.

Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda Harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk Pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah Perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan.Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga Yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju.

Gambar Hiasan

Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apapun.Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki, menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu:-
(1) Kehendak seks, Dan
(2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi.Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

Hormati Dia Sebagai Lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

Dengarlah Dengan Baik
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki,nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita.Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik sikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

Elakkan Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya Amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda Adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk Lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.

Salam….,

Aku terbaca artikel dari UK nie…YNWA bukan *Cough*Liverfuckingfool*cough* punya song…rupanya dia orang curi United nya lagu….!! Pencuri rupanya…! Go and find your own identity laaaaa……….sore ass…!!!

———————————————

How do you ruin a classic pop song?

Give it to 3,000 Liverpool fans to sing. It’s like a wannabe group audition on the X Factor. Hardly a note in tune, but sung with great passion.

And United fans hate it.

If you go to Anfield you have to put up with it…along with “Fields of Anfield Road.”

They’ve sung it for years and it’s their strongest connection with the distant glory days of the past that many of their younger fans don’t even remember.

Matters were brought to a head in 2004, when it was discovered that YNWA was originally a Manchester United song, sung by thousands of Red Devils fans after the Munich Air Disaster and five years before Gerry Marsden recorded it.

It was originally written for the 1945 musical Carousel and United supporters adopted it to commemorate the young lives of Duncan Edwards and the rest of the flowering  youth that died in 1958.

Then it was nicked by Liverpool. <–see…pencuri!!!

 

source : http://bleacherreport.com/articles/887202-manchester-united-10-reasons-why-reds-fans-hate-liverpool/page/3

 

Salam….,

Hari nie akn nak korang layan blues….salah satu cabang music yang cukup indah dan menarik bagi aku. Jangan salahkan aku kalau aku kata aku minat gile dengan blues. Modern and Moderate blues tapi tak semestinya aku tak minat dengan BB King ~ King of The Blues….atau John Lee Hooker tapi yang betul-betul menambat hati aku adalah Stevie Ray Vaughan dengan Gary Moore tapi dua-dua dah passed away…., Member aku, Allyza kata aku ada masalah..orang yang dengar music Blues bermasalah. Betul ke? Cheh….mana ada…blues bagi aku ada seni, alunan music yang beralun….cukup simple, cukup unik, cukup classic….Aku cukup respect kalau ada guitarist yang boleh main rift Blues…nampak mudah…simple tapi cukup susah nak layan…..Tak semua guitarist bleh main rift blues….

Stevie Ray Vaughan & Gary Moore bukan orang kulit hitam tapi cukup sinonim dengan music ciptaan orang kulit hitam nie…the best blues player dari orang berkulit putih…so, aku bagi link nie untuk kau orang ‘feel the blues’….jangan dengar dengan telinga aje…dengar dengan perasaan sekali…the best beb….! Lagu yang aku sertakan link nie adalah Parisienne Walkways dari Gary Moore dan Texas Flood dari Stevie Ray Vaughan.

http://www.youtube.com/watch?v=2CeytZrhyzU&feature=related

http://www.youtube.com/watch?v=wVjdMLAMbM0

 

(P/S : Kalau tak bleh play…korang pergi sendiri lah kat Youtube….)

Ronin

~ MiStAKen IdenTiTY ~

 

Cikgu Jalal memang tak pernah mengajar aku disepanjang pembelajaran aku di Sekolah Menengah Undang Rembau (SMUR/URESS), dari tahun 1984 – 1988. Tapi, kalau orang, kawan-kawan atau student di Rembau, sebut nama Cikgu Jalaluddin, pasti aku tahu siapa orangnya. Aku tak mengenali Cikgu Jalal sebagaimana murid-murid yang pernah di ajarnya. Kalau sesiapa yang pernah baca blog aku di http://uress.blogspot.com pasti akan tahu aku juga ada kenangan dengan Cikgu Jalal. Seperti tahun 1985, ketika cikgu jalal masuk di kelas aku, tingkatan 2A, dengan rotan di tangan kirinya….Cuma nak pilih pengawas sekolah bagi sessi petang. Dan tahun 1985….aku kena 2 kali sebat….public canning…cikgu jalal yang rotan aku atas pentas di Dewan Sekolah Menengah Undang Rembau. Argh! Tension. Pada tahun 1985, Cikgu Jalal panggil aku hadir ke hostel sekolah atas sebab satu peristiwa yang mengemparkan daerah Rembau. Cikgu Jalal lepak dengan aku kat rumah warden dan nasihat aku macam seorang ayah menasihati anak. Selepas tamat pembelajaran aku di SMUR, kalau aku terjumpa dia di luar, aku masih tegur dia dan dia masih berbual dengan aku. Dia pernah tanya orang tua aku, di mana aku bekerja sekarang. Cuma, isterinya, Cikgu Rodiah Kamdi yang pernah mengajar aku di SMUR.Dan pada hari sabtu tempoh hari, 7 Julai 2007, aku di kejutkan dengan berita pemergian Cikgu Jalal ke rahmatullah. Sabtu tempoh hari, aku berada di Tanjung Agas, Port Dickson bersama dengan sepupu aku, Man Bangla, Sham dan Aboy Buncit. Aku Cuma menemankan sepupu aku mengubat orang secara tradisional dan selalunya aku akan letak phone aku dalam keadaan silent mode. Dan aku pulang ke rumah dan tiba di rumah tepat pukul 3 pagi. Aku keluarkan phone dan aku lihat ada mesej. Tertera nama hamizul dan juga mesej yang di hantar oleh galfren aku. Aku buka hamizulnya mesej yang di hantar kepada ku pada pukul 11.39pm memberitahu aku cikgu jalal telah pulang ke rahmatullah. Aku duduk kat depan kereta aku…menung….! Dan pada hari ahad, aku terima mesej dari Khidir Majid….! Tepat pukul 9.45am, aku bersama khidir majid dan Azman Hashim (Jimen) berada di perkarang rumah Arwah Cikgu Jalal. Kami baca surah yasin…! Selepas tu, aku terpaksa meninggalkan perkarangan rumah arwah kerana terpaksa bergegas ke Kuala Lumpur, Shah Alam dan Putrajaya. Dalam perjalanan pulang, aku sms semua sahabat aku yang pernah mengenali Cikgu Jalal agar dapat menceritakan pengalaman mereka dengan mengemailkan cerita mereka kepada aku di sini @khairulazmi.mdrashid@gmail.com. Aku akan postkan segala email yang di tulis oleh anda semua. Sesiapa yang ada gambar bersama arwah, silalah scan dan email kat aku.Sekali lagi, aku ingin mengucapkan Takziah kepada Keluarga Cikgu Jalal. Semoga mereka menerimanya dengan hati yang redha. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Arwah Cikgu Jalal. Al fatihah….!
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.