Category: RONIN


Trip: Langkawi (1)….

 

3 hari 2 malam kat Langkawi..satu pengalaman yang menarik. Hari pertama di sana, ketika tiba di airport Langkawi, berebut orang suruh sewa kereta pada hal bagasi den belum lagi di ambil. Dua tiga syarikat kereta sewa den approached. Yang menggelikan hati bila bertanya tentang kereta yang hendak disewa. Honda Jazz ada..hmm, menarik nie…Honda Jazz ada? Jawapan dia? Baru nak orang sewa….nampak plak honda stream…yang nie ada? Pun baru orang sewa….cheh! Akhirnya eden sewa Nissan Xtrail 2.0. Ok la…RM220…(Wife eden complain pasal den tak bargain price..main ambil aje..)

 

So check in di Century Suria…apartment di Pekan Kuah… 3 bilik…tapi pakai 2 bilik sahaja pasal anak-anak eden semuanya penakut….masa masuk ke dalam apartment, teringat gambar yang ditengok dalam internet…nampak menarik tapi bila masuk, alamak…jauh panggang dari api….macam jauh lagi nak isi minyak kereta nie. Menyesal plak den sewa di situ. Terbang RM640…! Remote control semuanya kong! Tak ada battery kecuali yang ada dalam master bedroom…so, nak ‘on’ kan TV, kenalah kuar batteri dari remote aircond…ingat nak complain pada reception tapi malas nak bising. 1st thing 1st…masa on TV cari dulu channel Astro….ada game malam tu…Man United vs Blackburn…alamak…Astro service tak ada plak….! Eden dah boring….! Petang tu eden kuar bawa family ke makam Mahsuri….pasal anak-anak nak tengok lagenda Mahsuri….eh? Kena bayar la…? Nak tengok makam pun kena bayar ke? Kalau macam nie…., baik eden gi tengok makam tok itam di Pulau Besar di Melaka..free…! Charge…RM17.50 nak tengok makam mahsuri. Tapi tak apalah as long anak-anak tahu siapa Mahsuri sebenarnya dan belajar bahawa tak elok aniaya dan fitnah orang.  Lepas tu, pergi ke Pekan Kuah…ingat nak beli barang-barang atau buah tangan…tapi semuanya mahal gile. Eden rasa KL lagi murah. Eden beli rokok sekatun dan wife eden beli ntahapapa ntah. Malam eden dan family makan di sebuah restauran Thai….namanye? Thailand Restaurant…dan den kena bayar RM171.30 sen…! Mahal gile!! Terkena den ngan family…tak apa lah….!

 

Esok (Ahad) merayau di Pekan Kuah lagi….tapi tak tahu nak beli apa…at last, lepas makan tengah hari di Merrybrown…balik ke apartment dan tidur…petang sikit eden kuar sorang pekena teh kat sebelah Grand Continental….wife den tidur…anak-anak? Along dan che loi dah tidur..Cuma angah aje yang masih relaks dan main sms….! Malam makan di Jai apa nama kedai ntah…pun kena RM65.00..isk! Makan di Langkawi nie mahal gile….!

 

Semalam (Isnin) kami bertolak balik ke LCCT….wife eden cakap, ini last dia jejak kaki ke Langkawi…malas nak beli belah kat sini. Semuanya mahal. Den diam aje…! Kalau setakat datang lepak…boleh…tapi nak beli barang..baik kat Seremban atau KL aje…! Statement dia memang eden setuju. Masa check out dari hotel, eden ada gak complain…tak ada astro service ke? Jawapan dia…baru nak pasang….! oooo! Baru nak pasang…penyakit baru la nie…! Semuanya baru…baru orang sewa la…baru nak pasang la….! Hmm…kok tanya..tak tukar spender ke? Sure dia orang jawap…baru nak tukar….ntah berapa lama dia orang perkasamkan spender dia orang. Eden rasa kalau di rendam kat Tasik Dayang Bunting…sure tukar nama tasik tu…Tasik Dayang Beranak….pasal spender tu akan memberanakkan segala isi perut yang ada dalam tasik tu….! Hampeh!!!

 

Nanti la…bile senang eden upload gambar di Langkawi….!

 

Oh ye…sabtu tempoh hari, 21 Feb 2009, hari jadi anak eden yang sulung…yang ke 13…happy dia dapat naik kapal terbang….anak lelaki eden yang kecil, si Che Loi tanya den…nanti hari jadi Yoi, ayah nak bawak gi mana? Eden malas nak cakap apa-apa atau janji apa-apa tapi dia dok tanya…last den cakap…nanti ayah bawa gi Bongek….! Wife eden dah gelak dah….Che Loi tanya…naik kapal terbang gak ke? Eden cakap ha ah…kena pakai pastport tuuuu….! Lagi wife den gelak….! Anak eden suka…..! tapi bila cakap ngan si angah…angah tanya wife den, mama, Bongek bukan kat Rembau ke? Che Loi dah pandang den semacam dah…memang eden tak bleh tahan dan lepas tu…den bantai gelak…! Wakakakakakaaka!

 

 

______________

 

Ronin

MiSTAkeN IdeNTity….

Salam…,

Eden sekarang nie berada di Starbuck, Jaya Jusco Seremban. Ingat tadi eden nak gi buat pastport tapi mangggg aaaiiihhh! Ramai plak orang…so, eden balik la dulu..gi amik bil-bil yang tertunggak dan settle… dah settle dah….! Cuma Astro lum bayar lagi.

Hari ni, boring gile. Bukan apa…tak ada benda nak buat. Petang nanti eden nak gi imigresen opis…nak wat pastport..Ko cayo tak eden minum cokolat krim….hargo eh..mang aih RM11.55 sen…tang mano datang eh 5 sen laie..pun den tak tahu. Jap tadi call si Haris (Telekom)…dio ado kek ghumah….dio ajak den datang ghumah dio haa….den maleh nak poie ghumah dio….panjang cheghito eh kang…..

2 hari lalu nie…sibuk kit….nak siapkan payment and clear kerja yang pending pasal den nak cuti hari ni (Jumaat) dan Isnin….jadi…sibuk eh mengalahkan PM kat Putrajaya….tu yang PM call den ajak pekono teh tarik den kato kek dio, tak leh wooo….sibuk nie…kau poie lahdulu….kang marah si Azmi ngan den….! Miahahahahaha….! Jap lagi aku nak gi kedai buku kat atas…mano tahu kok terjumpo buku yang best-best nak di baco…lam flight esok, bleh la den baco buku…!

oh…esok den nak ko Langkawi…..! Nanti den update blog den dari sanun….!

—————

Ronin

MiSTAkEN IdeNTIty

The War Cry (2)…..

Eden dah minat plak war cry espeially dari All Black….

Band of Brothers….,

Salam…,

Dari sejak persekolahan hinggalah hari ini, ramai dah saya berkawan. Dari Darjah 1 di TBS, hingga form 5 di URESS dan sambung lagi 2 tahun di SDSR….ambil plak CAT (ACCA) di Kemayan ATC dan MBA di MIM, Jalan Ampang…ramai saya berkawan. Ada kawan-kawan saya yang masih lagi menghubungi saya…ada yang terus lost contact. Ada yang telah berkahwin dan ada pula yang masih membujang sampai sekarang. Para sahabat di sekolah rendah…lost contact terus…kecuali Ridhuan TBS…URESS pula? Masih ramai yang masih menghubungi saya…dan saya menghubungi mereka i.e Aemran Mustafa (BBA), Nizam aka Meon, Khidir Majid, Cha’a, Cha’a JPJ, Baharin dan lain-lain. Sahabat yang di Kemayan ATC? Ala…kelas accounting saya dulu cuma ada 3 orang….saya, Sivam dan Thava…dan kami masih lagi berhubung rapat. Sivam di Alliance Bank dan Thava, sekarang nie cuba menjadi usahawan muda…di MIM pula, masih lagi berhubung dengan sahabat kelas yang lain…

Namun, masih ada para sahabat saya yang telah pergi menemui Sang Pencipta…i.e Samad, Cha’a Rasah, Danny dan beberapa orang lain. Member lain? Dari tempat kerja? Ada yang masih lagi menghubungi saya..dari Maybank…ada yang masih lagi menghubungi saya….dari TV3…hmm…dia orang nie senyap…dari Capital Insurance…Zul masih lagi…dari TIMECel? Al Alim (Kepala semut), Yumray (Doggie), Razman (Gimli), Allyza (BKTB), Norhasliza Othman (Ijot), Rahimah (Imah), Salina Osman (Inot), Razak (Gig), Suhaimi Sulaiman (Boyak), Zahid, Rozaidi, Shamsiah Rahman (Ombong Pilah) …masih lagi menghubungi saya….

Bagi mereka yang masuk dalam blog ini, saya menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf seandainya terkasar bahasa dan menyinggung perasan. Ampun maaf di pinta. Buat pengetahuan semua, saya, insya allah…mudah-mudahan….jika tiada aral melintang, akan menunaikan Umrah pada bulan April 2009 ini…!

Pada adik-adik silat SGSNS di seluruh Malaysia, saya mohon ampun dan maaf. Ingat pada bai’ah kita pada Tok Ayah. Jaga nama, maruah, Agama, bangsa, Sultan, Negara dan keluarga.

Kita adalah ‘band of brothers’..ikatan itu hingga ke akhirat kelak….

——–

Ronin
MiSTakEN IdENTiTy

p/s : Maaf saya membahasakan diri ini ‘saya’…tak mampu menggunakan aku….tidak layak saya menggunakan aku…Hanya ‘Aku’ yang boleh menggunakan ‘Aku’….Salamm…..

Derhaka kah kita….?

Salam….,

Aku nak bercerita pasal sahabat yang lima….Tuah, Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu. Pelbagai versi cerita yang pernah orang bercerita….ada yang mengatakan mereka berlima bukannya melayu tetapi adalah dari bangsa Cina kerana ada ‘Hang’ di depan nama mereka. Tapi puas dah aku tengok dan cari kalau ada-ada nama dari keturunan China yang ada family name mereka yang bermula dengan Hang. Tak jumpa pula. Mungkin aku kena buat research lagi nie. Tak cukup lagi nie.

Ada yang bercerita yang mengatakan Tuah adalah seorang wanita. Logik ke? Entah la. Kalau wanita boleh ke dia pergi ke Majapahit untuk berlawan dengan Taming Sari? Menahan serang 40 orang mengamuk di pasar Majapahit? Dalam versi Sejarah Melayu tulisan Munshi Abdullah, Tuah bertikam dengan Kasturi tetapi dalam hikayat Hang Tuah pula, Tuah bertikam dengan Jebat. Yang mana betul? Hikayat atau Sejarah…seeloknya kita berpegang pada sejarah. Bagi aku sendiri, mereka berlima ada…bukannya wujud tapi ada di Melaka. Tentang kehebatan mereka dalam persilatan mungkin boleh dijadikan persoalan tetapi mengikut sejarah dan hikayat, memang mereka hebat berpencak. Berguru dengan Sang Adiputra di Gunung Ledang dan Sang Persanta Nala di kepulauan Jawa. Cuma ilmu yang dipelajari di kepulauan Jawa tidak dibenarkan untuk di perturunkan kepada sesiapa.

Bagi aku memang jebat bertikam dengan tuah dan bukannya kasturi vs. tuah. Aku tak da bukti yang sahih tapi gerak hati aku memang mengatakan tuah yang bertikam dengan jebat. Dan pertikaman ini bukannya sekejap tapi lama dan bukannya selama 7 hari 7 malam tapi 3 bulan lamanya. Rahsia jebat….biar aku sendiri yang simpan. Tak mungkin Tuah yang bunuh jebat tapi berat aku mengatakan bahawa ada orang ketiga.

Orang zaman dulu berbai’ah tidak akan menderhaka kepada sultan atau raja mahu pun pemimpin seperti Bendahara, Temenggung dan Laksamana…bagi pesilat, mereka berbai’ah akan ilmu yang mereka perolehi adalah untuk kegunaan dan mempertahankan Agama, Sultan, Negara, Bangsa dan Keluarga.

Hari ini, terlalu ramai yang ingin menjadi Jebat dan terlalu sedikit yang ingin menjadi Tuah. Di antara mereka, terdapat orang-orang yang seperti aku cakap tadi, orang ketiga yang ingin menikam si Jebat dan memuja Hang Tuah. Tak salah…tindakan mereka adalah berani tetapi beringat sedikit…Tuah mungkin juga akan derhaka kalau mengetahui pabila ada orang yang ingin menikam saudaranya kerana berpegang dengan bai’ah pesilatan mereka.

Baru-baru ini, kita melihat orang ingin menderhaka pada Sultan Perak. Menghalang perjalanan Raja Nadzrin. Seandainya di antara mereka terdapat ahli persilatan, di mana bai’ah mereka untuk mempertahankan Sultan? Mak aku pernah bertanya pada aku perihal ini….jawab aku mudah…seandainya ada yang ingin melakukan onar kepada Yamtuan Besar Negeri Sembilan apatah lagi Undang yang Empat, biar aku amukkan mereka. Bai’ah aku adalah pada agama, bangsa,sultan, negara dan keluarga aku. Biar aku jadi Tuah dan Jebat pada masa yang sama. Kalau ada di luar sana ingin melakukan perkara yang sama pada Sultan aku di Negeri Sembilan ini….Aku ingat pada mereka…Tahan lah bekas tangan Jebat Derhaka ini baik-baik!! Aku akan jadi Jebat yang mempertahankan Sultan aku….!!

_________________

Ronin

MiSTAKen IdeNTiTy

Aku dah lama tak layan movies. Cerita yang terlatest pun belum berkesempatan aku nak gi tengok. Aku teringin nak tengok cerita The Red Cliff 2. Layan…kisah benar berkenaan dengan “Romance of Three Kingdom”.  Sebuah cerita sejarah China lama. Memang layan. Dulu aku pernah pergi tengok cerita Puteri Gunung Ledang…memula start aku dah mula boring…ada ke istana melaka di kelilingi dengan pokok kelapa sawit? Poning apo? Zaman dulu mana ado penanaman kelapa sawit secara besar-besaran.

Eh…mak aku buat kabinet kat rumah dia la…siap pasang air cond kat dalam bilik dia..Hmmm canggih gila mak aku nie…mana tak nye…setiap bilik kat rumah dia dah ada air cond. Cuma ruang tamu aje belum ada lagi..termasuk kat dapur. Nanti ada masa aku akan ambil gambar dapur rumah mak aku…!!

_______

Ronin MisTakeN IdEnTiTY

Gambar anak aku yang terlatest…

dsc028541

Chun tak anak aku? Dah bini aku chun sure anak aku chun punya. Aku? Muka pecah tembok. Miahahahahaha!!!

_______

RONIN

MiSTaKEn IdEnTiTY

Aku ada hobi baru…

Salam buat semua….

Aku sekarang dah ada hobi baru. Photography. Tapi camera aku tak lah secanggih kebanyakan orang yang pakai Canon..Nikon atau ntah hapahapa brand yang ada kat pasaraya atau kedai camera. Tapi apa-apa hal aku cuba ambik ikut rasa dan cuba pelbagai cara untuk dapat hasil yang baik. Aku cuma guna camera sony digital yang pixelnya aku rasa bleh lah tahan. Kat bawah nie ada gambar-gambar yang aku ambil pakai sony digital aku tu. Minta maaf kalau tak menarik. Miahahahaahaha.dsc02256

dsc02530

dsc02818

dsc02812

Ada beberapa gambar lagi tapi aku rasa elok yang nie aje la. Abang aku yang kerja PTD kat putrajaya pun dah gila ambil photo nie. Adik ipar aku pun sama dah. Tapi dia orang pakai camera canggihnya. Nikon ngan canon. Lens siap bleh tukar lagi. 7-8 riban gak lah dia orang habis. Nie semua gara-gara anak sedara aku yang belajar kat Russia tu yang sudah kasi penyakit photography. Mentang-mentang dia belajar doktor. Hampeh tul la…!!!

________________

RONIN

MisTAKen IdEnTiTY

Aku mencari….

22 Januari 2009

Aku tak tahu pasal engkau orang macam mana. Maksud aku nie adalah perasaan kau orang. Bukan perasaan kau orang pada orang yang kau sayang seperti isteri, anak anak, keluarga mahu pun saudara bahkan sahabat. Perasaan yang aku maksudkan ini adalah perasaan kau pada Yang Satu…Sang Pencipta. Kadang kala, bila perasaan itu datang tak kira waktu…siang atau malam, pagi atau petang, aku rasa rindu sangat. Amal aku tak lah banyak sangat dan tak lah sebagus orang lain tapi bila aku mengingati Dia, hati aku jadi sayu dan rindu. Dan kadangkala airmata ini menitis rindu. Rindu sesangat. Aku seolah tak sabar-sabar nak berjumpa dengan pencipta aku. Jasad yang aku bawa ini adalah hijab aku yang paling besar untuk aku bertemu dengan dia. Aku rasa aku nak berpisah dengan jasad yang tak bermakna nie dan bersama dengan Dia. Aku tak peduli sama ada Dia akan mencampak aku ke nerakaNya atau menempatkan aku di syurgaNya…aku tak peduli.

Kadangkala, waktu malam yang sunyi, aku akan berdiri di luar rumah, memerhati di langit dan memohon agar aku dapat melihat wajahNya padahal di dalam Al-Quran, Allah telah berfirman, lihatlah disekelilingmu, akan terdapat wajahKu. Puas aku mohon, kadangkala seolah-olah terdengar satu suara berbisik di telinga, “Belum masanya kau melihat wajahNya, sedangkan Musa tak mampu apatah lagi kamu,”.

Dulu, satu masa dulu, aku cuba nak merungkai rahsia Dia tapi bukan kudrat fikiran aku rupanya. Sehingga aku bertemu dengan seorang tua di selatan Negeri Sembilan. Dia yang mendidik aku. Soalan-soalan yang diberikannya, buat aku kedu dan kelu. Soalan-soalan seperti siapa Allah? Aku jawab pada masa tu ialah Tuhan. Ye lah, tuhan tapi siapa Allah? Aku dah pening dah. Dan macam-macam lagi soalan yang tak terfikir pada benak aku pada waktu itu. Makin lama aku rasa makin aku jahil bila bertalu-talu soalan yang menujah kepala aku. Sampai soalan siapa suruh kau solat, aku dengan selamba jawab Allah. Dia tanya aku balik, kau pernah jumpa Allah ke sampai Allah suruh kau solat. Aku kedu dan kemudian aku jawab, Nabi Muhammad, dia tanya lagi, kau pernah jumpa Nabi ke? Lagi aku kalut. Dia bagi aku jawapannya. Aku menangis masa tu. Menangis bukan kerana kena marah tapi malu. Aku malu pada pencipta ku. Dan kini, makin lama aku fikir pasalNya, aku makin rindu dan aku rasa tak sabar nak bertemu denganNya. Jasad ini hijab aku yang paling besar sekali. Hijab aku di antara aku dengan Sang Pencipta. Aku nak sangat balik padaNya. Setiap manusia akan melalui 7 alam, alam roh, alam rahim, alam yang ada sekarang ini (alam dunia), alam barzakh, alam akhirat, alam neraka dan alam syurga. Tapi aku tak nak semua ini. Aku nak alam yang lagi satu. Alam Dia. Alam yang lagi indah dari yang terindah. Aku nak yang itu. Segala-galanya ada di situ. Masih ada perjanjian yang belum aku tunaikan di sini dan masih ada lagi yang tersembunyi yang belum terurai lagi. Perjanjian di alam roh yang masih belum tertunai…”Alaish thu birabbikom, qallu balla saahidna…” Allah bertanya pada para roh sebelum di hembuskan ke dalam rahim setiap wanita, “bukan kan Aku Rabbmu(Tuhanmu), dan para roh menjawab, bahkan, engkau lah tuhan kami”. Tapi kenapa bila kita lahir kita lupa pada perjanjian itu? Macam mana nanti bila kita mati nanti? Persoalan itu akan di tanya kembali dan aku takut. Takut dalam rindu pada Yang Maha Agung lagi Maha Perkasa.

“Man arroffa napsahu, faqqod arroffa rabbahu…”barang siapa mengenal dirinya, dia akan mengenal Tuhannya…dan aku cuba mengenali diri aku. Menidak wujudkan kewujudan diri aku, mematikan diri dalam diri sendiri. Yang wujud hanya dia….

Aku hidup dalam hidup
Aku mati dalam hidup
Aku hidup dalam mati
Aku mati dalam mati
Siapa aku?
Aku dalam aku…!

Ronin
MiSTAken IdENtiTY

Aku….

bd001 

Salam….,

 

Hari ini hati aku terguris…terusik..marah..kecewa…! Semua kerana Israel menyerang Palestine di Gaza. Kebanyakkan kerajaan di dunia ini, mengutuk habis-habisan tindakan rejim zionis yang melanggar dan bertindak dengan tidak berperikemanusiaan. Anak-anak kecil terkorban….wanita tua…orang-orang yang tidak berupaya. Masing-masing gugur. Moga Allah SWT meletakkan mereka di syurgaNya.

 

Kerajaan Malaysia mengutuk tindakan Israel dan menyumbangkan sumbangan sebanyak USD1 million kepada rakyat Palestine. Aku tak tahu kalau ada kerajaan lain yang turut memberikan sumbangan. US berdiam diri malah menyokong pulak tindak Israel yang menurut mereka untuk mempertahankan diri. Erk? Kalau dah masuk negara orang tu dan ganyang orang dalam negara tu, itu tindakan mempertahankan diri ke? Hampeh!!! 88 kali Hampeh!!!! Tapi kalau setakat tengok dan setakat mengutuk, ok ke? Entah la…Yang pasti Israel tetap memekakkan telinga…tetap bunuh rakyat palestine tak kira syiah ke atau sunni.

 

2-3 hari nie aku dok terfikir….kenapa umat islam di Palestine, Iraq mahupun Afghanistan tak dapat mengalahkan orang-orang yang menjajah mereka? Padahal, Allah sentiasa membantu hambaNya yang di tindas dan teraniaya. Conslusion aku adalah…ini Cuma conclusion aku aje ye…., mereka tak bersatu padu. Mereka berperang atas nama mahzab…bukan atas nama Islam. Apakata mereka lupakan mahzab yang mereka anuti…berperang atas nama Islam….atas nama Agama…Insya Allah…dan aku yakin, mereka akan berjaya….! Insya Allah, mereka akan menang. Ini Cuma conclusion aku aje. Kau orang? Nanti aku sambung lagi…..

 

Marilah kita berdoa untuk mereka….dan hadiahkan Al Fatihah kepada rakyat Palestine, Iraq, Afghanistan dan mana-mana umat Islam yang di tindas di seluruh dunia. Moga Allah SWT melindungi mereka.

 

—-

Ronin

MisTakEN IDenTITY

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.