Category: Novel Aku…..


Bab 1

 

Laju sahaja langkah jejaka bertubuh kecil tetapi agak tegak. Tujuannya satu, menuju ke sekolompok pelajar yang sedang berkumpul di hujung bangunan Blok E. Matanya tertumpu pada seseorang yang berpakaian baju hijau dan bertali leher yang dikelilingi oleh 4 pelajar yang lain. Dia mengangkat tangan sambil melambai-lambai sambil mempercepatkan langkahnya. Budak lelaki yang bertali leher tadi menoleh setelah dicuit oleh rakannya. Membalas lambaian sambil mengorak langkah meninggalkan kumpulannya.

 

“Apahal kau ni? Macam kena kejar dengan hantu aje…dah tu melambai-lambai macam pondan datang bulan..lembut aje,” bicara pelajar berbaju hijau tadi. Jejaka yang berada di hadapannya menarik nafas panjang. Menarik nafas. Bukan tercungap atau lelah, tapi nampak pucat. ” Apahal kau nie?,” budak berbaju hijau tadi meninggikan suaranya sedikit. Kumpulannya yang tadi bergerak mengelilingi kedua-dua pelajar tadi. Ada bisik-bisik kecil. Beberapa mata tertumpu pada mereka. Tapi tidak berani mencampuri urusan mereka. Mencampuri urusan mereka berlima umpama mengundang masalah pada diri mereka dan mereka berlima  di kenali di sekolah sebagai Kumpulan Lima Budak Setan. Kaki gaduh sekolah, samseng!! Walaupun salah seorang dari mereka adalah Penolong Ketua Pengawas sekolah.

 

”Bro…, Cikgu Amin cari kau orang berlima. Ada hal penting katanya,”jelas pelajar tadi. Pelajar berbaju hijau tadi terdiam. Menarik nafas panjang. ”Dia suruh jumpa kat mana?,” soal pelajar tadi. Terbayang wajah Cikgu Amin yang agak garang. Guru disiplin satu merangkap Guru Silat Gayong Sekolah. Bukan calang-calang orang. Setakat 10 orang belum tentu dapat menumbangkan Cikgu Amin walaupun beliau berbadan kecil dengan ketinggian 5 kaki 6 Inci. ”Masalah nie,” bisik salah seorang dari mereka. ”Cikgu Amin nak jumpa di bilik disiplin,” ujar pelajar tadi. Ada raut terperanjat di wajah mereka berlima. Bilik Disiplin? Mana-mana pelajar yang di arahkan ke bilik disiplin memang sah akan di rotan, paling kurang 4 das. Salah seorang dari mereka menggosok-gosok punggungnya. Dia pernah kena 6 das dari Cikgu Amin atas kesalahan merokok di kantin sekolah. Nak tunjuk hero. Seminggu dia tak boleh duduk betul seumpama orang kena buasir. ”Tak apa, kita orang pergi sekarang” sambil memandang ke arah rakannya yang lain sambil memberi isyarat agar mengikutinya. Ada wajah tidak puas hati di antara mereka. ”Jom…tak usah takut la. Aku kan ada..tak kan Cikgu Amin nak rotan pengawas,” soal pelajar yang berbaju hijau tadi. Yang lain mengganguk akur walaupun tidak pasti sama ada jawapan tadi memang ada benarnya atau sekadar hendak menyedapkan hati mereka. Tapi yang pasti entah mengapa mereka berlima tanpa di sedari telah berada di hadapan bilik disiplin.

 

Pintu bilik di kuak dengan perlahan dan kelihatan Cikgu Amin duduk di sebalik mejanya. Tangan kanannya memegang rotan, tegak menunjuk lelangit bangunan. ”Ha…apa yang kau orang intai tu, masuk la…” herdik Cikgu Amin. ”Sure kena nie,” bisik hati pelajar berbaju hijau tadi. Mereka berlima melangkah perlahan. ”Selamat Pagi, Cikgu,” serentak mereka berlima bersuara. Macam mana samseng mereka, macam mana setan mereka di sekolah, dengan Cikgu Amin pasti mereka kecut perut. Terbayang cerita yang pernah mereka dengar Cikgu Amin membelasah samseng di Pekan walaupun mereka bertujuh. Lembik. Kerana mencalarkan kereta Cikgu Amin. ”Duduk lah…,” sergah Cikgu Amin. Tanpa teragak-agak, mereka duduk sebaris menghadap lelaki kecil tersebut.

 

Cikgu Amin menarik nafas panjang. Rotan tadi di letak di atas meja. Mata mereka berlima memerhati rotan tadi. Hujungnya agak pecah sedikit. Entah berapa ramai dah menjadi mangsa rotan tersebut. Ada yang menangis kena rotan dengan Cikgu Amin. Ada yang meninggalkan kesan yang agak ketara di lengan. Ada yang mengadu pada ibubapa mereka tentang mereka di rotan oleh Cikgu Amin, ingatkan akan di bela dan Cikgu Amin akan di ambil tindakan tapi jangkaan mereka meleset malah ada yang membeli rotan yang baru buat Cikgu Amin. Bersusun rotan di tepi dinding di bilik disiplin. Ada yang kecil dan ada yang besar. Ada yang panjang dan ada yang pendek. Aduh, masalah ni. Dengar cerita, kalau Cikgu Amin nak rotan, dia akan suruh pelajar agar memilih rotan yang akan di gunakan untuk merotan mereka. Tapi yang di atas meja ini, merupakan rotan keramat.

 

”Saya dengar, kamu berlima meyusup masuk ke asrama Sekolah Vokasional malam tadi?” soal Cikgu Amin. Mereka berlima diam. Tiada yang berani bersuara. ”Saya juga dengar kamu belasah pelajar mereka di asrama mereka?” Soal Cikgu Amin. Senyap lagi. ”Apa nak jadi kamu berlima nie? Nie yang sorang nie, Penolong ketua Pengawas sekolah, tapi samseng. Tak tahu lah macam mana lembaga disiplin sekolah boleh lantik kamu,”Cikgu Amin meninggikan suara. Senyap lagi. ”Saya tahu kamu semua marah kerana pelajar mereka membelasah junior sekolah kamu di pekan minggu lepas tapi tak bermakna kamu boleh buat sesuka hati kamu. ” terang Cikgu Amin. Senyap lagi. Tiada jawapan dari mereka berlima. Seminggu lamanya mereka mencari pelajar-pelajar dari sekolah vokasional yang membelasah junior mereka gara-gara mereka tidak berpuas hati akan kekalahan pasukan bolasepak mereka. ”Kamu bernasib baik, ketika kamu membelasah mereka, mereka tidak dapat mengingati wajah kamu. Jangan kamu ingat saya tak tahu perkara ini.” balas Cikgu Amin lagi. ”Lagi satu, kamu belajar silat dengan saya bukan untuk awak semua menunjuk samseng di sekolah ini atau pun di luar sekolah,” terang Cikgu Amin. Senyap lagi. Senyap ketakutan. ”Kamu nie Bond, dahla orang kanan di sekolah, tapi buat perangai tak betul…apa punya pengawas la awak nie.” lembut Cikgu Amin bersuara. ”Nie, yang berempat nie pun sama…ikut sangat kepala samseng. Saya nak kamu berlima,…Bond, Ayin, Meon, Apek dan Bob berubah,” terang Cikgu Amin sambil menunding jari satu per satu ke wajah masing-masing. Kelima-limanya mengangguk perlahan. ”Kamu semua akan mengambil SPM tahun nie, berubahlah jadi budak baik,” terang Cikgu Amin. Mereka berlima mengangguk. ”Jangan angguk aje…janji dengan saya.” tiba-tiba Cikgu Amin mengherdik. Kelima-lima mereka tersentak. ”Ya…Cikgu. Kami janji,” jawab mereka serentak. ”Kamu semua boleh balik ke kelas kamu, ”terang Cikgu Amin.

 

”Tak kena rotan ke, Cikgu?” Meon tiba-tiba bersuara. Semua mata tertumpu pada Meon. ”Kamu nak ke? Kalau nak, pilih rotan mana yang nak di guna?,” soal Cikgu Amin. Meon tersengih sambil mengelengkan kepala. Cikgu Amin memberi isyarat tangan agar mereka meninggalkan bilik. Kelima-lima mereka bangkit perlahan-lahan meninggalkan bilik tersebut.

 

Ketika berada di luar, masing-masing menarik nafas lega. ”Bond, aku ingatlah…Chomplit pecah lubang la kita masuk sekolah vokey” terang Bob. Bond tarik nafas. ”Chomplit yang kena jaga line malam tadi,” terang Bob lagi. Bond termenung. ”Pek, Meon…kau orang pergi cari Chomplit….kalau dia tak kat sekolah, cuba kau cari kat dewan makan asrama.” jelas Bond. Apek dan Meon mengangguk.

 

Tiba-tiba Ayin mencuit tangan Bond. Muncungnya panjang menunjuk seseorang. Mata bond melihat pada arah yang di tunjukan oleh Ayin. Kelima-lima mereka memerhati sesusuk tubuh yang sedang memerhati mereka dari jauh. Alamak, Sabrina la…, bisik hati Bond. Dari jauh kelihatan Sabrina mengelengkan kepalanya perlahan. Macam mana la aku boleh suka ngan budak nie padahal dia tak pernah layan aku malah pernah kena penampar free, bisik hati bond lagi.

 

Bersambung…..,

 

 

Ronin

MisTakeN IdenTiTy

Novel

Salam…

Watch this space. Aku akan tulis novel…hasil dari kreativiti aku dan hasil tangan aku sendiri. Minta maaf awal-awal, kalau ada nama-nama member yang aku masuk..(pinjam nama yek…?)

Cerita ini tidak ada kene mengena dengan yang masih hidup atau yang telah mati.  Ini cuma cerita rekaan semata-mata…kalau ada terpalit atau bersangkut paut atau terkena tempias, ianya hanyalah kebetulan sahaja.

 

Ronin

~ Mistaken Identity ~

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.