This slideshow requires JavaScript.
Ronin
~Mistaken Identity~
This slideshow requires JavaScript.
Ronin
~Mistaken Identity~
Gambar aku dengan Zaharuddin Zainuddin……
Dari kiri : Abang Bahar, Abu Zainy, Syazili, Zahar dan Aku di Hotel Abber Garden, Mekah
Yang nie bukan kumpulan Nasyid baru….ini kumpulan baru sampai dari Madinah…Dari Kiri :Abu Zainy, Ustaz Romlang (Saksi 25), Aku, Zahar, Pokchek Suhaimi (Ustaz Suhaimi) dan Syazili
I’m not angry with life
I’m just bewildered
Chains of uncertainty
Are holding me down
Where am I to go
Who am I to blame
What am I to do
God, am I insane?
I never thought that my smile
Will put me deep into debt
I never thought that my innocence
Would stray me away from reality
I never thought that my live
Would resolved to emptiness
I never thought that in order to live
I have to bear so much pain
The sorrow of life has taught me
To accept many new beginnings
To smile even thought it hurts
To reach out even if there’s no one there
To aim high and never say die
Cause there’s always sun at the of the night
Chorus
Memories…tortured by my own
Memories…
Memories…Trapped in my own
Memories…
If your eyes are full to the brim
The teardrops are sure to fall down
For whom the eyes may starve tomorrow
Where it get lost, the tears, that I had
Kept hidden in my…..Memories
~ Cromok ~
Banyak benda yang sebenarnya berlaku masa aku belajar kat URESS. Tapi tak dapat aku nak coretkan dalam memori yang aku tulis sebelum ini. Ada lawak, sedih, gembira dan macam-macam lagi.
Aku bagi contoh-contoh yang menarik…tahun 1985, masa aku form 2, aku pernah masuk hospital seminggu di sebabkan demam panas. Boring gile. 1st day aku masuk hospital…aku rasa macam nak menangis. Terus terang aku cakap. Tak ada kawan…keliling aku di penuhi dengan orang dewasa. Tiada kawan yang datang melawat aku di hospital. Cuma keluarga aku. Aku ingat lagi, sebelah aku ada satu brader nie patah kaki…tangan pasal accident kereta…tiap malam mengerang…kadang-kadang meremang bulu roma jugak bila tiba waktu malam bila dengar brader nie mengerang kesakitan…kadang-kadang dia menjerit….!! Aku selalu tutup telinga aku dengan bantal. Lepas tu depan aku ada seorang Leftenan tentera…brader nie baik gile ngan aku….bila kengkawan dia datang…dia suruh aku lepak dengan dia orang…dengar cerita pasal tentera….! Lagi satu…sebelum tu…aku nak cakap yang aku masuk hospital 1st class kat GH seremban….kat bilik sebelah…hakim Mahkamah tinggi seremban….aku selalu masuk bilik dia pasal nak tumpang tengok TV. Hakim India….baik gile. Cikgu Rafeah ada melawat aku….! Masa aku masuk hospital ni la aku dengar Hazri Zainuddin gaduh dengan Azman Maarof kat dalam surau….! Bertumbuk sakan…!
Tahun 1988, masa aku form 5, aku, Khidir Majid, Mike Hendroff, Zamri dan Azman Md Nor, kita orang masuk sekolah Convent Seremban. Teman kan Khidir Majid pergi pidato. Masa mula-mula masuk tu…, kelakar jugak…ye la…sekolah yang kita orang masuk nie semua nya girls…semua mata pandang kita orang….yelah…masuk macam samseng….ngan Khidir kat tengah…macam Hang Tuah masuk kota majapahit…macam Tombstone….Wyatt Earp di kelilingi sahabat dia…! Bila dah habis pidato….kita orang lepak plak…tetiba si Khidir terasa nak terkencing…kita orang cakap la kat dia…mana nak cari tandas lelaki kat sini…biar betul…..! So…dah tak tahan punya pasal, kita orang melilau cari tandas…! Last skali, kita orang tahan seorang pengawas…rupanya dia nie Ketua Pengawas sekolah Convent…kita orang tanya kat mana tandas…dia macam blur sangat…dia cakap mana ada tandas lelaki kat sini…memang la kita orang tahu tak ada tandas lelaki….tapi at least…tunjuk la tandas guru lelaki kat mana….ada ke patut dia kata tak leh guna tandas guru…Azman Md Nor pun cakap la…habis nak suruh kita orang nie kencing kat mana? Tandas budak pompuan? Kita orang tak ada hal punya….! Dah minah nie kelam kabut…! Last-last, dia tunjuk gak mana tandas guru lelaki…masa khidir masuk tandas…., kita orang berkawal kat luar macam pengawal istana….kah kah kah….!
Macam penghujung tahun 1987, selepas SPM…masa tu aku form 4…aku ikut rombongan sekolah ke Penang…geng-geng pengawas aje…aku lepak ngan Yazid Malek. Kakak angkat aku, Kak Lin ada….mana-mana aku nak pergi, aku kena bagi tahu Kak Lin….! Kita orang gi Pesta Pulau Pinang…Cameron Highland….teringin plak aku nak gi Cameron Highland balik…tapi baru-baru nie, member office aku naik cameron highland…dia cakap cameron highland dah tak sejuk lagi…entah la…! Kak Lin jaga betul aku….agak nye dia takut aku buat benda tak senonoh kot? Mekacih, ye Kak. Aku ingat lagi masa kat Ipoh…ada satu tempat macam tempat perlancongan…ada rumah hantu…aku, Yazid, Kak Lin, Kak Ida, dan ada seorang budak lagi…aku tak ingat…masa memula masuk tu…aku yang kat depan…kak lin belakang aku…belakang kak Lin, Kak Ida…belakang kak Ida…ada sorang budak lagi dan last sekali si Yazid…macam-macam hantu ada….kik kik kik…yang muncul dari tepi lah…atas lah…bawah la…cian akak aku berdua nie…dok terjerit-jerit…aku plak dah berpeluh…bukan takut…punya la panas kat dalam rumah hantu nie….! Masa aku kuar…kuyup aku dengan peluh…! Tak salah aku kak lin ngan kak ida nangis takut…tak berapa ingat…aku ngan Yazid dok gelak…mau taknye….Yazid pun berpeluh macam baru lepas mandi….!!! Kah kah kah…!
Masa penghujung tahun 1988…baru aku tahu adik angkat aku sakit…pada mulanya aku sangkakan dia Cuma sakit biasa…rupanya…dia sakit kanser tulang…itu pun aku tahu tahun 1989…Farizan bagi tahu aku…aku pernah melawat dia kat hospital…..sedih aku tengok dia…adik meninggal pada tahun 1989….Februari 1989….aku menangis masa tengok jenazah dia….yang pergi masa tu…aku, mike, khidir, zamri, azman md nor. Aku rasa hiba. Hiba sesangat….!
Banyak lagi benda yang terjadi masa aku kat URESS…kalau aku coretkan kat sini sure tak tertulis agaknya. Tapi yang aku rasa menyesal sampai hari nie….gambar aku masa zaman sekolah tak banyak…form 1 tak ada…form 2 pun tak ada….form 3 ada…form 4 ada….form 5 tak ada….! Gambar paling banyak aku ambik masa form 6…..lower 6 dengan upper 6….tapi itu masa SDSR…..! Tapi kalau aku cakap nie kau orang percaya tak….masa aku masuk SDSR….hari pertama aku jejak kaki ke dalam SDSR…..kau orang percaya tak budak-budak lelaki SDSR rasa goyang….! Waktu rehat….ada bebudak lelaki confront aku kat kantin…..cakap jangan kacau galfren dia orang…kah kah kah…..!!! Aku punya gelak masa tu….aku Cuma cakap dengan dia orang….itu kau orang punya hal…aku tak berminat pada galfren dia orang pasal kat aku, aku minat Cuma seorang….seorang yang betul-betul nak aku miliki…! Sampai masa aku kat SDSR, galfren aku kat SDSR ada iras-iras galfren aku sekarang….! Kecil…comel….cute….lawa…rambut panjang….pernah aku suruh dia potong pendek macam rambut galfren aku sekarang….! Dia tak nak. Entah kenapa…terus terang….bila aku kuar dengan dia…aku tak pernah ingat pada galfren aku yang sekarang nie…aku pernah jumpa mak dengan ayah dia…
masa tu aku sekolah lagi ha…aku pernah jumpa kakak dia….abang dia…mak cik dia…dia pernah bawak aku datang rumah kakak dia….masa aku memula kerja maybank….dia temankan aku berbuka puasa….sampai satu hari aku hantar dia ke tempat kerja abang dia di subang airport….dia cakap, dia dalam dilema…antara aku dan ex-boyfriend dia…ex-boyfriend dia nak balik pada dia….! Aku kedu…aku suruh dia pilih ex-boyfriend dia…..jangan pilih aku…masa aku nak blah…aku cium dahi dia….aku tahan air mata aku dari mengalir….! Dan mulai hari tu…aku merosakkan hidup aku….sesiapa yang kenal aku selepas sekolah…sure tahu cerita aku….! Even…galfren aku pun tahu cerita aku dulu….! Aku ceritakan sendiri pasal aku tak nak dia tahu dari mulut orang lain…atau tahu kemudian…baik aku cerita…!
Aku rasa cukup sampai sini aje aku tulis….dah tak ada cerita yang nak aku bagi tahu lagi…semua nya kau orang dah tahu….kepada semua, terima kasih kerana sudi membaca pengalaman aku nie….! Terima kasih…..!
____________
RONIN
MiSTakEn idEnTiTy…….
“Always remember to slow down in life; live, breathe, and learn; take a look around you whenever you have time and never forget everything and every person that has the least place within your heart. We all have our time machines. Some take us back, they’re called memories. Some take us forward, they’re called dreams. Memory is the diary that we all carry about with us. From this day to the ending of the world, But we in it shall be remembered. We few, we happy few, we band of brothers – Ronin”
Terus terang aku cakap lepas peristiwa di URESS tu…aku macam hilang semangat nak ke sekolah. Aku bungkam….aku ingat kes nie selesai kat URESS rupa-rupanya ramai yang tahu…budak-budak SEMENDA, SDSR, Vokay Chembong dan ERT pun tahu pasal nie dan kenal aku….tak habis kat situ…masa aku pergi Tuisyen….budak-budak Tengku Ampuan Durah…TKC….Convent Seremban…budak sekolah dari Linggi….semua dok tanya aku….aku rimas…!!!!!! Rimas sangat…!! Aku ingat lagi ada satu group bebudak pompuan dari Tengku Ampuan Durah nak jumpa aku….azman md nor dengan zamri suruh aku blah dari kelas tuisyen cepat….Azizah stop call aku buat sementara waktu…aku tak salah kan dia…bagi aku lagi bagus…
SPM dah makin dekat…aku tak prepare apa-apa pun…bila nak study…aku dok menung…ke mana aku pergi…tak kira ke rumah sedara…rumah kengkawan…semua dok tanya benda/peristiwa tu….dan masa nie aku salah kan diri aku sendiri…dan masa nie aku menyampah dengan diri aku sendiri…aku menyesal sesangat….!!!! Since aku tak prepare apa-apa untuk SPM..aku Cuma target 5 subject…at least 5…buat cukup syarat aje….! BM, English, Matematik, Pengajian Agama dan Geografi. Kalau aku dapat kredit kat Kimia atau Fizik dah kira bonus untuk aku…terus terang…memang aku tak prepare langsung…rasa bersalah terus menghantui aku…..! SPM tiba….aku rasa degup jantung aku laju macam keretapi tanah melayu meluncur laju ke penghujung tanah benua asia….! Aku macam boleh dengar bunyi jantung aku sendiri….!! kepala aku…score 5 subjek….score 5 subjek…! BM…aku buat betul-betul….lagi satu aku nak tunjukan pada Cikgu Ishak yang sumpahan dia tak menjadi….! English pun sama….! Matematik…aku buat betul-betul….pengajian agama islam…hari nie nak ambik periksa, dan hari nie jugak aku lancarkan semua hadis dan ayat quran siap dengan translation dia sekali….!! Geografi? Aku Cuma ingat fakta-fakta penting…aku target soalan yang akan keluar…dan aku berdoa pada tuhan minta-minta keluar la soalan yang aku target nie….! Aku berharap
sangat….! Dan semua soalan yang aku target semua keluar…aku happy…tapi aku panik….!! Hampeh!!!!!!!! Ada 6 soalan esei tak salah aku dan kena tulis 4 esei….6 soalan target aku semua keluar….tapi aku panik…aku tak tahu nak pilih yang mana satu….aku menung dalam dewan…cheh!!! mana satu aku nak pilih…15 minit berjalan…dan aku tak mula apa pun!!! Aku pandang khidir yang duduk sebelah kanan aku…aku pandang yazid yang duduk kiri aku….!! Adish!!!! Aku rasa peluh aku dah menitik!!! Dan aku ambik kertas kajang…dan mulakan menulis….tulis selaju yang aku boleh…!! Semua fakta yang ada dalam kepala aku….aku curah kan macam air…! Dan aku happy….!! nak masuk soalan ke empat…cikgu dah suruh letak pen pasal dia orang nak punggut kertas…aku panik…!! Aku tetap tulis sampai cikgu ketuk meja aku suruh berhenti….!! Aku rasa nak menangis dah…!! Dan kini aku kena score kimia atau fizik…!! Fizik dan kimia…aku buat sebaik yang aku boleh….!! Matematik tambahan…?? Seingat aku….aku masuk dewan…aku tulis nombor giliran aku…aku angkat tangan…cikgu datang tanya aku nak kertas lagi? Aku bagi kertas jawapan aku kat dia….tak…kepala blank…reason aku….! Khidir dah gelak dah…!! aku pandang khidir…eleh…gelak…aku tunggu kau kat kantin sekolah….!! Aku rasa 15 minit kemudian khidir datang senyum-senyum jumpa aku kat kantin…lepas tu mike…Zamri…azman md nor….iban….raman….jufri….mazlinda….midah harun…midah blues…kah kah kah…!! Tapi dalam hati…aku menangis…!! Add maths….kertas terakhir dalam SPM…maknanya lepas nie aku bukan lagi budak URESS….!! Zaman persekolahan aku dah tamat…zaman aku kat URESS dah habis….!! Masa aku melangkah keluar dari kawasan sekolah…aku pandang URESS….azam aku…aku nak ingat segala memori kat sekolah bertuah nie…dari aku masuk sampai aku habis sekolah….aku akan ingat macam mana aku usik galfren aku sekarang…cikgu-cikgu yang mengajar aku…kawan-kawan aku….peristiwa-peristiwa
yang berlaku…aku simpan…satu hari aku akan ceritakan pada sesiapa yang sudi mendengar…..! Dan petang tu, kita orang ramai-ramai lepak kat kedai Shidah ABC….ada perjanjian….kita orang dah berjanji kita orang akan buat gathering untuk bebudak 5B 1988 bila tiba masa nya….dah dekat 20 tahun….tak pernah pun ada gathering….janji tinggal janji la kot..? Entah la….! Budak-budak 5B dah berterabur di muka bumi allah nie….! Masing-masing ada urusan…! Dan aku tak pernah salahkan mereka….! Aku berharap mereka sentiasa sihat walafiat…! Moga di lindungi tuhan…! Dan pertama kali…aku minta dan berdoa pada tuhan aku nak sangat jumpa galfren aku sekarang nie….tuhan makbulkan….jumpa kat pos malaysia lepas result SPM (tak tegur pun..malu) …jalan tuanku abdul rahman..dan sekarang nie….! Dan aku cukup sayang kan dia…..! I wish she’s mine forever.
Dan sekarang nie…selepas hampir 20 tahun aku tinggal kan URESS…aku jadi rindu pada URESS…! Rindu pada bebudak kelas aku…! Aku pernah cakap dengan ex-wife aku yang aku nak anak aku either sekolah kat TKC atau kat URESS….tapi aku rasa ex-wife aku nak anak aku sekolah kat TKC…pasal dia budak TKC…atau kemungkinan masa anak aku 13 tahun nanti dia nak hantar Iffa’s pergi boarding school kat UK…itu perbincangan aku dengan dia sebelum kita orang cerai….selepas cerai…? Dia still nak hantar Iffa’s gi belajar kat UK…kalau tak ada aral melintang atau masukkan Iffa’s ke TKC…!! Baru-baru nie….Iffa nye birthday….aku sempat borak jap dengan ex-wife aku tanya perkembangan Iffa…so dia cerita iffa makin nakal…but a brilliant little gal…dia lancar sifir 2,3,4,5 & 6..she prayed…zuhur, asar, maghrib and isyak…that’s good….lancar macam-macam doa…! Aku Cuma cakap you done well in educating Iffa…! tapi sempat jugak aku cakap pada dia…is it possible if the day come…enrol iffa masuk URESS….ex-wife aku cakap..she will think about it…heh heh heh…!!! Aku heharap sangat la anak aku join URESS…URESS bukan sekolah kampung….aku rasa URESS can produce banyak excellent student…..
Hari nie aku conclude memori aku kat URESS….the school bring a lot of memories to me….and I’m proud to mentioned that I’m URESS’ian…even adik aku pun bangga dia sekolah kat URESS….! As an ex-student…. I salute the school and the teachers….! You’re the best…!! All the best to all URESS’ian…!! May allah bless you all and the school….!!
Satu hari, aku terima call dari Azizah. Kebetulan kat rumah..aku masih ingat lagi…tak ada sesiapa pun masa tu Cuma aku sorang…tak silap aku parent aku, adik dan anak saudara aku balik ke kampung. Azizah call….mula-mula bercakap macam biasa..Cuma pada suatu ketika dia terdiam…lama gak…puas aku panggil dia…macam tak di endahkan. Kemudian Azizah bersuara…minta diri…! aku tak puas hati…macam ada sesuatu yang di sembunyikan dari aku. Aku paksa dia beritahu aku…tapi tak jugak berjaya…lama jugak aku pujuk…akhirnya dia mengalah…yang aku tahu Azizah menangis. Aku dah tak keruan. Timbul rasa bersalah dalam diri aku. Bersalah sangat. Azizah pecahkan rahsia…keluarga dia akan tunangkan dia selepas SPM. Giliran aku pulak terdiam…Azizah tanya aku macam mana nak buat…maksud dia macam mana dia nak tolak. Aku tak tahu…jawapan tersebut bukan di tangan aku…aku terangkan pada dia…aku pujuk dia….aku rasa itulah pujuk aku yang paling lembut pernah aku buat…aku rasa kalau letak tiang telefon depan aku masa aku pujuk tu…sure tiang tu bengkok…!! Azizah berhenti menangis. Dia tanya aku bila aku akan ke kota tinggi pasal dia nak jumpa aku…aku cakap lagi dua minggu…kita orang akhiri perbualan…selepas tu, aku termenung.
Rasa kecewa…kecewa bukan kerana dia akan bertunang tapi kecewa kerana dia memang bijak dan memang boleh pergi jauh kalau belajar lagi…kecewa kerana dia tak akan dapat sambung belajar lagi. Malam tu aku fikirkan diri aku..pasal aku…tentang aku…hanya aku….dan aku ambik keputusan aku tak nak ada hubungan dengan mana-mana budak perempuan sampai habis aku belajar…tak kira lah sampai mana…..aku capai kertas kajang…tulis surat…”Buat Farizan….,” Aku lipat kemas dan esoknya aku serahkan pada Hamidah Harun suruh bagi pada Farizan. Lepas tu aku rasa macam badan aku ringan…macam segala beban terbang…tanpa aku sedari ada sesuatu yang menanti aku….
Tak salah aku sehari selepas tu, Shahrul Imran panggil aku waktu pagi sebelum loceng pertama berbunyi. Soalan pertama dia tanya aku…apa aku dah buat..? Aku tanya dia balik apa yang dah aku buat? Buat apa? So, Imran cerita satu persatu…dan aku diam. Aku tarik nafas panjang. Kenapa boleh jadi macam nie? Satu sekolah kecoh. Aku dah tak ada mood belajar. Cikgu Tapa panggil aku…cikgu jalal…cikgu norzie….cikgu rodiah malakan…boleh katakan semua cikgu cari aku…kenapa plak aku di persalahkan? Aku tension…dan aku rasa bersalah sangat…seolah-olah semua orang menunding kat aku….letak kesalahan tu atas bahu nie….Lembaga disiplin sekolah buat mesyuarat tergempar….nak lucut aku dari jawatan pengawas…dalam hati aku…ambik lah….aku tak pernah perlukan nya….Guru-guru buat mesyuarat….ada yang mintak aku di gantung sekolah…ada yang nak aku di buang sekolah…Cuma ada beberapa guru yang betul-betul berdiri support aku…yang aku tahu…cikgu tapa, cikgu z, cikgu rodiah malakan, cikgu norzie..lee ban hong…! Sampai satu tahap Pengetua sekolah, Cikgu Md Zain panggil aku ke pejabat…semangat aku terbang…semangat aku nak belajar hilang…hari-hari yang datang macam jasad aku aje ada kat sekolah…tapi roh aku…semangat aku dah hilang….masa percubaan SPM…aku ingat lagi….ada berapa paper aku hantar kertas kosong…Cuma nama dan angka giliran aku aje….Cikgu rodiah panggil aku…kaunseling aku…tapi macam masuk telinga kanan kuar telinga kiri….aku rasa bersalah….dan rasa bersalah tu aku tanggung bertahun…sampai satu ketika…tak salah aku, tahun nie (2007) kot….baru aku dapat mintak maaf pada Farizan. Aku mula balik isap rokok….dan kali nie lagi kuat….! Aku datang sekolah Cuma bawak pen….dan tak pernah bawak buku lagi….Mike dengan Khidir Majid cuba bagi aku semangat balik….terima kasih sahabat. Genap 2 minggu, aku singgah di Batu Pahat…azizah dah tunggu aku… dengan dia, Belitong, Budak BP dan Alang. Wah…bawak bodyguard…! Depan orang ramai…Azizah peluk aku….pertama kali dalam hidup aku…perempuan peluk…Belitong, BP dan alang terkejut.
Azizah menangis…dan terus terang air mata aku tumpah…! Macam biasa, kita orang berkumpul dekat tempat biasa….semua orang tanya kenapa aku macam tak terurus? Pucat..dan tak banyak cakap..? Aku diam seribu bahasa….Azizah pandang aku…dia tanya aku macam-macam sampai lupa masalah dia…akhirnya aku buka cerita. Muka azizah merah padam. Belitong dah gelak…apa lawak ke cerita aku nie? BP dengan alang macam terkedu dengar cerita aku…Azizah tampar aku…kuat sangat…perit…sakit…tapi lebih sakit kat hati dari kat pipi. Azizah blah…aku tak tahan dia….budak bertiga tu terkejut….terkejut tengok aku kena tampar dan terkejut tengok Azizah blah…aku biarkan azizah blah…budak bertiga tu macam serba salah…nak teman kan aku atau nak ikut Azizah…Cuma BP aje ikut Azizah…Belitong ngan alang teman kan aku…..dan tiba-tiba aku rasa sunyi sangat….dan aku benci perasaan sunyi ini…benci sangat….!!!
Aku tanya Azizah, dia serius ke nak pindah ke URESS…apa plak family dia cakap nanti. Alasan dia, dia nak dekat dengan datuk ngan nenek dia….Azizah diam. Cuma ada angguk perlahan. Aku ajak dia lepak kat kedai abang ayad (ala…sebelah kedah Shidah ABC). Masa sampai, ramai jugak orang lepak kat kedai abang ayad…tapi kebanyakannya veteran la…aku duduk kat dalam…tak nak bagi orang nampak…order dua nasi lemak…aku minum teh ais dan azizah tak salah aku minum horlick panas..atau susu panas…tak ingat ah…! Azizah masih lagi dengan keputusan dia nak pindah ke URESS. Aku Cuma diam. Dia tanya aku…Farizan tahu ke pasal dia. Aku menggeleng kepala…tak tahu…! Azizah pandang aku…tak pernah bagi tahu…? Aku menggeleng kepala…! Malu atau cuba nak ada 2-3 hubungan dalam satu masa…aku tersentak dengan soalan azizah. Aku cakap…entah..aku sendiri tak tahu nak bagi jawapan. Azizah diam. Aku cakap dengan Azizah, kalau betul dia nak tukar ke URESS…aku tak nak halang. Kalau itu izah punya keputusan…so be it. Tak guna halang…terpulang yang terbaik untuk Izah, terang aku. Izah senyum..tak takut ke kalau dia gaduh dengan Farizan…aku pandang dia..aku menggeleng kepala…tak…kenapa nak takut…? Soal aku…gaduh pasal seorang lelaki? Kerja bodoh tu….! Jelas aku. Azizah gelak. Tapi dalam hati aku nak gak tengok cam mana budak pompuan gaduh pasal lelaki nie. Kik kik kik!!! Lama gak aku lepak dengan azizah…oh..aku pernah tanya dia kenapa la tak cari budak lelaki sekolah dia sendiri atau budak batu pahat jadi teman rapat dia? Dia kata tak minat dengan orang johor…entah..dia kata dia nak cari budak negeri sembilan…masa tu aku tak berapa nak percaya apa dia cakap….tapi masa dia kata dia nak bertunang dengan tunang dia dari negeri sembilan…aku teringat-ingat pada kata-kata dia. Aku tanya dia apa lah yang buat dia minat ngan aku? Dia sendiri tak tahu…Cuma dia cakap masa aku tegur dia kat Kota Tinggi dulu…cara aku tegur dia…dia cakap aku tegur tak kasar dan tak guna bahasa yang budak perempuan tak berapa suka…! dan dia suka tengok tahi lalat kat pipi kiri aku…cheh lalat nie pun satu…kalau kena cirit birit pun gi lah melepas kat tempat lain…ni kat pipi kiri aku…! Lagi satu…dia cakap kalau bercakap dengan aku dalam telefon…rasa tak nak letak telefon..nak gak dengar suara aku..kalau boleh nak aku aje bercakap..! Tapi aku dok fikir…betul ke apa yang azizah cakap nie? Arau saja nak ambik hati aku…! Betul ke? Ye ke? Azizah balik ke Kota petang tu…aku tak teman pun dia…Cuma bila dia dah naik bas baru aku pening kepala…apa aku nak buat nie…! Isk pening plak kepala aku…
Hari isnin, masa aku masuk kelas ….bukan…masa aku lalu kat area pejabat… aku tersonsong dengan
budak junior yang borak dengan azizah kat kantin…dia orang pandang aje aku…aku buat ‘derk’ aje…! Bila masuk kelas…tak ramai lagi yang datang…seperti biasa sebelum tu aku akan duduk kat meja aku…masa aku toleh ke kiri…aku nampak Farizan baru naik…aku senyum…senyum buat-buat…atau orang kata senyum paksa…aku rasa bersalah plak pada dia…! Masa aku buat rondaan pagi tu..aku sengaja lalu kat kelas adik angkat aku…saja…aku nak tengok respond dia mana tahu dia nampak aku datang dengan azizah sabtu tu…masa lalu dia senyum…lambai aku…tak ada respond pun? Mungkin dia tak nampak kot aku ngan azizah kot…lega nye hati aku…!! Masa aku masuk kelas…Hamidah harun jeling aku tajam…cheh…dia sorang aje boleh jeling…! Aku tengok bebudak lelaki tengah berkumpul kat belakang…kecoh…aku cakap..apa hal plak nie…dengan Zamri (Ketua Darjah) pun sama gak….rupanya dia orang tengah buat arm wrestling…wah…!!! Siap buat ranking sekali….sapa paling banyak kali menang…seingat aku yang tak pernah main arm wrestling nie….Azli Safar sorang aje…alasan dia…malas dan buek ponek badan ajo…! Betul jugak apa Azli Safar cakap…! Tapi cara dia orang pancing bebudak untuk lawan arm wrestling nie…perh…siap kutuk-kutuk lagi…! Kadang-kadang tali leher aku jadi mangsa…buat ikat tangan….aku? Kadang-kadang menang….kadang-kadang kalah…top arm wrestler kat kelas aku…Khidir Majid…Raman Awaluddin…Zainuddin…! Aku selalu kutuk mike…eleh..kurus…kang kok patah tangan kang…mike angin dengan aku…! Lagi satu…masa sekolah..aku cukup rapat dengan mike hendroff…lepak kat rumah dia…tengok dia main gitar….tapi masa sekolah nie lah mike cakap dengan aku…dia nak masuk islam bila dah habis sekolah…memula aku terperanjat gak…biar betul…? Aku tanya dia betul ke mike? Dia angguk…aku cakap fikir habis-habis dulu…! Kau orang jangan salah anggap yang aku tak galak kan dia masuk islam..Cuma aku takut kalau dia sekerat jalan aje…! Aku suruh mike study islam dulu…mike setuju…dia cakap dia nak kawin dengan budak melayu bila dia dah kerja nanti…dalam hati aku Cuma minta apa yang dia nak nie dapat….dan sekarang mike dah masuk islam…kawin dengan budak kedah…alhamdulillah….ada gak aku jumpa mike dewasa nie…kadang-kadang kat Tangling….mostly kat tangling la…Aemran Mustapha pun sama…! Isk aku rindu nak jumpa kengkawan lama…rindu sangat…!!
Aku tak tahu nak mula kat mana….Tapi aku dah janji yang aku akan ceritakan sesuatu. Ok. Farizan ada jemput aku datang majlis hari jadi dia. So…aku dah pening kepala….apa aku nak bagi nie….last-last aku belikan satu hadiah…tak payah la aku discribe apa benda nya. Majlis hari jadi nie di adakan pada hari sabtu lepas zuhur tak salah aku….entah…tak ingat aku….yang datang ramai masa tu….Cuma yang aku kenal, Hisham Nordin (Iban)…Iban dok perli aku…aku Cuma diam aje. Malas aku nak bercakap tapi yang aku ingat, Farizan dengan adik dia nak kena kan aku ….aku tak ingat apa tapi ada air tumpah kat baju aku lepas tu….kelam kabut aku…jangan kan aku….Farizan pun sama….
Bila majlis habis, ayah aku datang ambik aku kat rumah farizan. Rupanya dia lama tunggu siap borak lagi dengan bapak farizan. (Bulan puasa tahun lepas aku jumpa bapak dan kakak farizan kat pasar malam di Rembau. Aku salam…cium tangan dua-dua orang…pasal masa tu aku masih ada rasa bersalah dalam diri aku tentang satu peristiwa..dalam blog nie aku tak akan ceritakan apa yang terjadi…jadi aku akan cuba guna bahasa yang paling halus). Aku Cuma diam sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Orang tua aku pun tak tanya banyak. Sampai rumah…mak aku cakap ada sorang budak pompuan dok call aku…mak aku Cuma cakap aku gi majlis hari jadi. Yang nie mak aku cerita la….So…masa aku tengah lepak kat ruang tamu…dok layan anak sedara aku (oh…orang tua aku jaga anak kakak aku) telefon berbunyi….anak sedara aku yang jawab…masa tu aku kira dia 5 tahun kot….alo..nak cakap ngan siapa….dan ntah apa-apa soalan dia tanya. Pas tu…pak chek…pak chek cakap la ngan pompuan nie…tak faham ojoi apa di cakap…aku tergelak…masa aku jawab call tu baru aku tahu Azizah call….benda pertama yang di cakap..seronok gi majlis hari jadi? Aku cakap bolehla…
baju basah..kena air…dia gelak…ok nie….tak marah (pasal aku ingat mak aku dah cakap yang aku gi rumah Farizan)….rumah sapa?….Macam peluru aku rasa soalan tu tujah telinga kanan aku….aku diam….nak bagi tahu ke tak nak? Aku bagi tahu la rumah sapa…Azizah macam terperanjat…apasal tak bagi tahu awal-awal nak gi rumah dia..? Soal azizah…aku kelu. Lidah aku rasa macam keras….! Aku minta maaf dengan dia pasal tak bagi tahu dia awa-awal….alasan aku…aku tak nak sakitkan hati dia kalau aku bagi tahu dia awal-awal…dia cakap tahu kemudian lagi sakit hati….! Aku terdiam…..! Hampeh tul lahhhh…!!! Aku rasa serba salah…dan aku rasa bersalah….Azizah marah aku…tapi tak lah sampai guna bahasa kesat…Cuma cara dia marah tu guna bahasa paling halus….tikam sampai kat hati. Sepanjang dia bercakap, aku Cuma diam…diam..dan diam…dan diam…dan diam. Aku tak defend pun diri aku pasal aku tahu salah aku. Last sekali, bila aku dah tak dengar apa-apa kuar dari mulut dia….aku bersuara…Izah dah habis marah? That is the 1st time aku panggil azizah…Izah. Selama nie aku sebut nama dia….ulang balik panggil apa tadi? Aku kelam kabut…alamak macam mana aku bleh terpanggil Azizah ni Izah? Izah?! Tak leh ke? Soal aku balik…manja apa bunyi dia…Azizah ketawa…tapi tak ada lah terkikik kikik macam pontianak kena paku….aku dah lega dah….Azizah cakap dengan aku..minggu depan dia nak balik kampung di Kota..(sampai hari nie aku tak tahu kampung dia kat kota kat mana..tak tahu apasal aku tak nak ambik tahu)..so dia ingat nak jumpa aku kat pekan rembau…nak tengok URESS macam mana….aku setuju aje…..
So minggu depannya memang dia turun kat pekan rembau..aku ponteng tuisyen….aku bawak dia gi URESS..
.kira aku macam tour guide la…aku nak tunjuk kelas aku kat mana tapi bebudak hostel ada dalam kelas…aku tunjuk library kat mana…dewan sekolah…aku terjumpa Hamidah Harun kat kantin sekolah..dia pandang aje si Azizah….aku cakap la kawan aku dari Batu Pahat….Midah kerut kening kat aku….ramai bebudak hostel gi belajar kat kelas-kelas kosong nie..ada junior yang tegur aku….masa aku borak dengan midah…azizah tengah borak dengan ada 2 orang budak junior…kejap-kejap dia orang pandang aku….aku rimas…!! Aku cakap ngan midah…tolong rahsiakan pasal azizah dari sesiapa…masa nak balik tu dia tanya aku….tak tahu plak awak nie penolong ketua pengawas…kenapa tak bagi tahu dia…aku cakap balik…penting ke? Azizah diam…pas tu dia cakap…adik angkat awak ada tadi…aku terkejut…mana tahu aku ada adik angkat dan mana dia tahu adik angkat aku ada kat area tu pasal aku sendiri tak nampak dia….mampus aku nie…! Azizah senyum….Kalau Izah pindah sekolah sini ok tak? Boleh duduk hostel…..aku pandang dia atas bawah….biar benar?! Air muka dia nampak serius…..aku nak pitam dah masa tu…!!!
Bersambung…..!!
nak buat lepas SPM..further study kat mana…berjaya ke aku…lama ke aku hidup kat dunia nie….perjalanan aku kat URESS rasa macam sekejap aje…kadang-kadang kat situ jugak aku terlelap…sampai petang…kalau lah rimau ada…aku rasa dia sure happy gila pasal makanan free atas batu macam kita hidang ayam panggang atas dulang…! Sometime, terus terang…terlintas kat kepala aku nie…dapat ke aku jumpa balik gadis yang aku admire sakan nie…(aku jumpa dia 1st time lepas sekolah tahun 1995 tak salah aku…aku jumpa dia kat Jalan Tuanku Abdul Rahman…dia tengah pregnant dan tunggu bas. Aku terkedu. Kebetulan aku pun nak pergi arah yang sama…aku naik bas sama dengan dia dan teman kan dia…dia nampak kusut sebenarnya..dalam hati aku rasa nak nangis bila dapat jumpa dia..aku pernah cerita ngan dia pasal nie tapi dia tak ingat…ada lagi sebenarnya..sampai kat bus stand klang…aku temankan dia lagi sebenarnya sampai dia dapat bus lagi satu…lepas tu baru aku blah..! Part yang ini aje aku tak pernah cerita dengan dia..pasal kalau part yang pertama dia tak ingat sure yang kedua nie pun dia tak ingat)
Masa berlalu pantas…pegang jawatan Assistant Head Prefect nie bagi aku satu beban…bukan aku nak lari dari tanggung jawab tapi jadi perhatian…aku tak suka sebenarnya bila jadi perhatian.. baik dari guru mahupun dari murid….dan aku tak pernah bangga kena lantik jawatan nie… Aku jarang ronda dengan Yazid. Kalau aku ronda, aku akan ronda seseorang…aku lagi selesa macam tu…selalu nya aku akan singgah kat kelas adik angkat aku dan tanya khabar dia…! Satu benda yang aku tak suka ialah duty roster. Aku kena susun kat mana pengawas-pengawas nie kena jaga…baik lelaki mahu pun perempuan…so ramai lah yang datang jumpa aku…mintak jaga kelas nie la pasal adik angkat dia kat situ…atau jaga kelas nie la pasal awek atau balak dia kat situ….ada yang tak nak bertugas waktu rehat…macam-macam kerenah yang aku jumpa….minggu pertama..aku boleh follow lagi…minggu kedua…ok…minggu ketiga…nie dah lebih…minggu keempat…enough is enough…minggu kelima…aku rojakkan duty roster tu…aku main letak nama nie kat mana…nama nie kat sini….ada yang tak puas hati datang jumpa aku…aku cakap senang aje…tak nak tugas kat situ…berhenti jadi pengawas…! Ada yang terus tak nak cakap dengan aku…ada yang terima dengan hati yang terbuka….! Aiman tak kisah…eh…aku tak kisah…!
Sebulan selepas tu kita orang ada kursus pengawas di sekolah…kena berkhemah…brainstorming…cara-cara jadi pemimpin…pengawas-pengawas sekolah kena berkhemah di padang berdekatan dengan bangunan pejabat….3 hari dua malam tak salah aku…macam-macam aktiviti kita orang buat…p
ihak sekolah ada sediakan hadiah…khemah tercantik…kumpulan pengawas terbaik…pengawas lelaki terbaik…pengawas perempuan terbaik…dan lain-lain..! Cikgu yang menjaga group aku ialah cikgu Z. Tiap-tiap malam lepas aje sessi motivasi, cikgu z akan brainstorming aku…aku sorang aje plak tu…! hari terakhir…aku tak ingat khemah mana yang tercantik…siapanya group menang…tapi tak salah aku…group dia orang nie lah paling banyak menang hadiah…group hamiza dengan Shahrul Imran tak salah aku…group aku? Aku Cuma menang pengawas lelaki terbaik…ntah apa yang terbaik pun aku tak tahu…mungkin lepak ngan cikgu-cikgu kot…atau aku dapat control pengawas-pengawas bawah jagaan aku pasal kebanyakannya dari outlaw group dan pelbagai bangsa…China dan India…! bagi perempuan tak salah aku si Norizan. Pun aku tak bangga bila menang…pasal dah satu beban plak nak kena tunjuk prestasi yang sama masa menjalankan tugas…yang tu aku tak kisah..tapi lagi lah high expectation…betul tak? Aku lagi lah suka low profile…! Masa tu aku rasa nak berhenti jadi pengawas….! Aduh!!!
Bersambung…nanti aku cerita macam mana farizan invite aku hadir majlis hari jadi dia dan pasal yang nie jugak aku gaduh dengan azizah….!