Salam..salam buat semua sahabat baik dari URESS mahupun dari TBS (Sekolah Rendah)…,
Hari nie, aku dapat perkhabaran sedih dari seorang sahabat, Shahrani. Baru hari nie aku dapat tahu seorang sahabat aku masa sekolah rendah di TBS dulu, Badrul telah meninggal dunia. Badrul satu kelas dengan aku masa darjah 5. Aku, arwah dan Nazly, selalu balik dari sekolah bersama. Naik bus southern…arwah akan turun di Kendong, Nazly di Gadong dan aku di Kampung Batu, Rembau. Aku tak tahu nak tulis apa sebenarnya…pasal aku rasa nak menangis sebenarnya. Dulu, sebelum balik, kita orang akan pergi ke Emporium Tampin yang berdekatan dengan bus station. Macam-macam kita orang buat sebenarnya. Kadang-kadang, kita orang berhenti makan kuih cucur udang kat depan hospital. Ada satu makcik yang jual dengan air sirap sekali.
Time begini, aku teringatkan member aku yang paling rapat masa aku mula kerja, Arwah Zahari atau aku panggil Cha’a.
Arwah boleh di katakan seumpama adik beradik aku. Aku kenal dia masa selalu lepak kat PD dulu. Rapat sampai mak dia aku panggil ibu. Adik perempuan dia umpama adik aku sendiri. Tak ada rahsia antara aku ngan dia. Kalau dulu, mana ada Cha’a pasti ada aku. Kita orang selalu lepak kat kedai Motor arwah Haji Sulaiman di NST. Arwah meninggal di pangkuan aku semasa konvoy ke Johor Bahru dari Seremban….8 biji superbike….selepas Jasin tak salah aku. Aku dapat tahu, enjin motor dia jemmed. Kita orang berhenti kat situ masa kejadian pasal Cha’a kat depan sekali. Yang aku ingat dia bangun selepas jatuh, baru 3 tapak, dia terduduk dan baring. Masa aku datang dengan member lain, dia masih bernafas cuma dada dia berombak. Aku tanya dia, Ok ke? Dia cakap dia ok….Aku memang harap dia ok…memang mengharap sangat pasal kalau kau tengok cara dia jatuh, memang pasti dia dah tak ada masa tu. Kita orang tanya masa tu ada patah ke tak..dia menggeleng kepala…tapi masa aku tanggalkan helmet fullface dia….darah menyembur keluar dari mulut, hidung, liang air mata dan telinga…masa tu aku meraung sekuat-kuatnya…hanya tuhan aje yang tahu. Helmet tu compress kepala dia jadi darah tu tak keluar masa tu…kau orang bayangkan aku pangku kepala dia…dia cuma cakap tolong aku, mie….aku nak buat apa masa tu? Member lain dah panik dah tak tahu nak buat apa dah…masa tu dekat pukul 7.30 malam kot. Masa tu ada member sorang Along suruh dia mengucap….dia menggangguk..aku memang dah nangis dah masa tu…darah memang tak berhenti keluar…masa tu aku pangku kepala…dia pandang aku…sayu sangat..! Dan masa tu dia tarik nafas dia…panjang…lepas tu senyap..! Aku tak berhenti2 nangis pasal dia tua dari aku 4 tahun dan aku anggap dia macam abang aku. Dan ini berlaku tahun 1992. 19 tahun yang lalu.
Selepas kejadian tu, aku selalu gak ke rumah ibu. Adik arwah masa tu kalau jumpa aku kat seremban selalu akan peluk aku. Tak kira depan orang ramai.Aku tahu dia rindu dengan arwah…adik arwah muda dari aku setahun. Tahun lepas aku ada jumpa di Seremban…tapi tak tegur, bukan apa, dia pun dah jadi isteri orang. Dulu rajin dia menelefon aku kat ofis, saja borak sebelum dia kawin. Tapi…bila aku ingat arwah…aku sedih…kita orang tidur sebantal…kalau aku ada masalah, dia selalu bantu…
Dan masa aku menulis nie pun aku masih sedih….dan menangis
Ronin
~ Mistaken Identity ~


Gambar nie diambil masa dalam flight ke Langkawi….
Gambar close-up wife aku….
Gambar wife aku dan anak-anak aku….
Di Langkawi International Airport…
Yang nie tak ada kena mengena dengan Langkawi….ini anak perempuan aku…Annyss Syazana..