Category: Cilok


Gambar Hiasan

Sabda Rasulullah SAW :

“Sebaik baik perempuan (isteri) ialah apabila dipandang oleh suaminya, mengembirakannya. Apabila disuruh oleh suaminya ia menurut saja tanpa ingkar, jika suaminya tiada, ia akan memelihara harta suaminya dan juga dirinya. Perempuan yang derhaka kepada suaminya tidak boeh diberi nafkah dan bahagiannya.”

Sabda Rasulullah SAW lagi, mafhumnya:

“ Apabila waktu malam, si isteri meninggalkan tempat tidur suaminya, dilaknati oleh semua malaikat hingga subuh”

 Sabda Nabi (SAW) mafhumnya:

”Sesiapa yang sabar terhadap perangai isterinya, Allah Taala akan mendatangkan upah pahala seperti Nabi Ayub a.s. Sesiapa yang sabar atas perangai jahat suaminya, Allah Taala  akan memberikan upah pahala seperti pahala Nabi Ayub a.s dan upah pahala mati syahid perang fi sabillillah”.

Sabda Nabi SAW lagi,

”Sesiapa yang menganiaya suaminya dan memberatkan suaminya yang tidak mampu melakukannya serta menyakiti hati suaminya, nescaya dilaknati oleh Malaikatul Rahmat dan malaikat azab”.

 Berkata Rasulullah SAW, mafhumnya:

”Apabila menunaikan sembahyang lima waktu, berpuasa bulan ramadhan, memelihara kemaluannya selain suaminya dan taat kepada suaminya, berkata seorang kepadanya: ’Masuklah ke syurga dari mana-mana pintu yang anda sukai’.”

 Kemudian telah datang seorang perempuan bertanya kepada Rasulullah tentang bahagian yang di perolehi oleh wanita dalam peperangan, berbanding diberikan pahala yang amat besar itu kepada kaum lelaki. Jika mereka terbunuh dalam peperangan, mereka akan hidup di sisi Allah SWT dengan pemberian rezeki kepada mereka yang berupa buah-buahan syurga, segala roh mereka berada dalam biang-biang burung yang hijau di dalam syurga. Jadi, apakah kaum wanita ini, hanya berkhidmat menolong mereka, adakah juga mendapat pampasan pahala daripada peperangan tersebut? Jawab Rasulullah SAW, mafhumnya:

” Aku pernah bertemu dengan seorang perempuan yang sangat taat kepada suaminya dan membayarkan hak suaminya, sama pahalanya dengan perang sabilillah”.

 Sebagaimana firman Allah SWT di dalam Surah An-Nisa, ayat 32 :

”Bagi kaum lelaki ada bahagian yang diusahakan dan bagi kaum wanita pula ada bahagian yang diusahakannya. Pahala yang diperolehi kaum lelaki adalah disebabkan usaha beperang di jalan Allah, manakala kaum perempuan pula, mendapat pahala kerana beruasaha menjaga kemaluannya, taat kepada Allah Taala dan taat kepada suaminya”

Pahala kaum lelaki dan kaum wanita di akhirat adalah sama bersamaan satu kebaikan sepuluh kali ganda. Wajib bagi kaum perempuan (isteri) sentiasa mengekalkan perasaan malunya kepada suaminya, patuh kepada suaminya, patuh dengan perintah suami, diam ketika suami sedang bercakap, berdiri ketika datang suaminya dan menunjukkan kasih sayang (manjanya) kepada suaminya, menghampiri suaminya ketika hendak tidur, memakai bau-bauan yang wangi, memastikan mulut tidak berbau, membersihkan pakaian, sentiasa bersolek dan berhias apabila bersama suaminya dang mengeakkan daripada berhias ketika suaminya tiada di sampingnya dan menjauhkan dirinya daripada berkelakuan khianat terhadap harta dan tempat tidur suaminya, ketika suaminya tiada di sisinya.

 Sabda Nabi SAW, mafhumnya:

” Tidak halal bagi perempuan (isteri) memberikan makanan kepada seseorang di rumahnya tanpa kebenaran suaminya, melainkan makanan yang yang ditakuti akan membinasakan seseorang, jika diberi dengan keizinan suaminya, maka pahalanya diperolehi oleh isterinya. Sebaliknya, kalau isteri memberikan makanan tersebut tanpa kebenaran suaminya, maka pahalanya suami dapat manakala si isteri mendapat dosa. Seorang isteri tidak ditegah dirinya bersama dengan suaminya walaupun isteri berada di belakang unta sekali pun.”

Gambar Hiasan

Berkata Ibnu Abbas r.a bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda mafhumnya:

”Jika seseorang isteri mendirikan solat sepanjang malam dan berpuasa sepanjang hari, apabila suaminya mengajak isterinya ke tempat tidur, si isteri terlewat dalam satu saat, maka pada hari kiamat nanti, perempuan (isteri) itu datang dengan dirantai berserta syaitan menuju ke dalam neraka yang terkebawah sekali”

Sabda Rasulullah SAW mafhumnya:

”Bagaimana carapun kalau isteri meminta suaminya menceraikannya (talak) tanpa benar-benar berhajat, umpama suaminya sering menyusahkannya, maka dilarang (diharamkan) perempuan itu bau-bauan syurga.”

 Berkata Abu Bakar al Siddiq r.a bahawa dia mendengar Rasulullah SAW berkata, mafhumnya:

”Apabila berkata seorang isteri kepada suaminya: ’Ceraikanlah aku”, pada hari kiamat nanti, perempuan itu datang tanpa berdaging di bahagian mukanya, lidahnya terjulur sampai ke tengkuknya dan akan di campakkan ke kerak api neraka jahanam, walaupun perempuan (isteri) itu rajin berpuasa sepanjang hari dan sentiasa sembahyang sepanjang malam”

Nabi SAW bersabda mengatakan bahawa ada 4 orang isteri dalam syurga dan 4 orang isteri di dalam neraka.

  1. 4 orang perempuan yang masuk dalam syurga ialah:
    1. Perempuan yang memelihara dirinya daripada yang haram dan yang taat kepada suaminya
    2. Yang banyak Anak
    3. Sabar
    4. Memadai apa yang ada walaupun sedikit bersama suaminya.
  1. Antara orang perempuan yang masuk dalam neraka ialah:
    1. Perempuan yang amat keji idahnya (bercakap kasar) dengan suaminya
    2. Jika suaminya tidak ada di sisinya, dia tidak menjaga kehormatannya
    3. Jika suaminya berada bersamanya, dia menyakiti hati suaminya dengan percakapan yang kasar (dengan menggunakan kata-kata kesat)

Berkata Aisyah r.a :

”Kalau keluarga isterinya mengetahui hak suami terhadap isterinya, tentu mereka mahukan kamu sebagai isteri menyapu habuk di bahagian tumit suaminya dengan mukanya”

Ingatlah bahawa Nabi SAW pernah bersabda, mafhumnya:

”Pada hari kiamat nanti, mula-mula sekali perempuan (isteri) akan ditanya tentang sembahyang dan tentang suaminya iaitu yang berkaitan dengan hak suaminya”

 Ronin

Mistaken Identity

Adoiiii…!!

Kepala aku blank..tak tahu nak tulis apa.  Betulnya blank. Ingatkan boleh menulis macam Stephen King atau Sidney Sheldon…rupanya tak. Atau Stephen King’s nak jadi macam aku tak? Kah Kah kah….!!! Dan aku gelak sorang2 kat rumah…! Adoiiiii!!!!

 

Muharram Datang Lagi...

Muharram (محرّم) adalah bulan pertama dalam Sistem Takwin Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaituAllah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaana Makkah (Al Baqarah: 91).

Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah s.a.w telah menamakan bulan Muharram sebagai bulan Allah (shahrullahi).

Sandaran yang dilakukan oleh Baginda s.a.w kepada Allah s.w.t lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah s.w.t tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khowas (terkhas) di kalangan makhluk – makhlukNya.

Daripada Al-Hassan Al-Basri rahimahumullah sesungguhnya Allah s.w.t telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah s.w.t itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya
kehormatannya.

Dari Abu Hurairah r.a. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, “Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardu ialah solat malam”. (Sahih Muslim)

Abu Musa Al Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar r.a.;”Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharram) adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yangg bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun.” Riwayat Albazzar

10 Muharram

  • 10 Muharram – Dinamakan juga Hari Asyura.
    Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan
    kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan
    keadilah dan kebenaran.
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  • Hari pertama Allah menciptakan alam.
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  • Allah menjadikan ‘Arasy.
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  • Allah menjadikan alam.
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  • Nabi Isa diangkat ke langit

“Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah Assalamu’alaikum penghormatan kepadanya.” (QS. al-Azhab: 56)

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam:

  1. Berpuasa. Maksud
    Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun.Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun.
  2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3X
  4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3X

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

  1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
  2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
  3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.
  4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
  5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.
  6. Bersedekah.
    Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati.
    Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
  7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
  8. Mandi
    Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”
  9. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
  10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
  11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.
  12. Membaca  “has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer”. Fadilatnya – Tidak mati pada tahun ini.
  13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
  14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

..semoga keberkatan bulan Muharram ini dapat dikongsi bersama…

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w..t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

Gambar Hiasan

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a..w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

Gambar hiasan

Untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan Allah subhanallah Taala untuk muslimah adalah terletak pada tanggungjawab/ peranan isteri terhadap suami.

Antara tanggungjawab yang wajib untuk isteri mendapat lebih pahala adalah seperti dibawah :-

1. Memberi/membuat segelas air untuk suami :
Fadhilat : mendapat pahala puasa sunat 1 tahun

2. Menyedia/memasak makanan yang mengenyangkan suami :
Fadhilat : mendapat pahala haji dan umrah

3. Perkhidmatan yang diberi pada suami :
Fadhilat : mendapat pahala yang tidak putus-putus

4. Menghamilkan benih suami :
Fadhilat : mendapat pahala syahid

5. Isteri mandi Junub dengan suami :
Fadhilat : pahalanya seperti sedekah 1000 ekor kambing pada fakir miskin

6. Suami meninggal dunia dahulu dari isteri dan meninggalkan anak :
Fadhilat : Isteri mendidik anak itu menjadi seorang yg soleh/orang yang berguna dengan didikan agama yang sempurna. maka suami tetap mendapat pahala dan menjadi benteng dari api neraka. dan sekiranya isteri berkahwin lain,suami yangg meninggal itu tetap dapat pahala sekiranya didikan steri pada anak-anak berterusan dengan baik.

7. Isteri yang memandang suami dengan harmoni dan menyukakan :
Fadhilat : seolah-olah berzikir kepada Allah

8. Sekiranya seorang isteri meninggal dunia dengan keredhaan suaminya terus masuk syurga.

Terima Lelaki agar Dia Menerima Anda 

Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain dari ‘Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terima dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda mengetahui ialah mengenai lelaki, bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih anda atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan yang lain, yang mungkin tidak anda sukai, dan tidak menyukai anda.

Fahamilah Lelaki Agar Dia Memahami Anda
Cuba memahami perangai sedia ada pada seorang lelaki dan menyesuaikan perangai itu dengan diri anda, adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda.

Gambar Hiasan

Berubah Untuk Menikmati Perubahan
Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai Sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian. Kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk  membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya.

Sanggup Memberi Untuk Menerima
Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah Sanggup memberi lebih banyak dari yang anda sanggup terima dari Seorang lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak dari yang Sanggup anda beri.

Percaya Untuk Dipercayai
Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, janganlah anda Harapkan lelaki itu percaya kepada anda. Hidup ini meminta pada yang ada, merajuk Pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah Perkara mudah, bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda bukanlah payah. Apabila dia sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya.

Menangkan Lelaki Untuk Menang
Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki., kerana dalam kehidupan suami isteri, sepatutnya sama-sama menang dalam semua aspek kehidupan.Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami, kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan meyuarakan. Kuasa isteri adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, maka rumahtangga akan menjadi porak-peranda. dari itu rujuklah kepada agama untuk menghalusi apakah yang boleh dilakukan dan apakah yang dilarang.

Sifat Negatif Membuahkan Kesan Negatif
Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap suaminya. Ramai juga Yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah-rendahkan suaminya, membandingkan suaminya dengan lelaki lain, dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat sedemikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi sebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, selalu masam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan diri anda. Andalah yang patut berubah.

Bertanggungjawab Akan Menikmati Kesan Tanggungjawab
Sebenarnya tanggungjawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini menjadi semakin maju.

Gambar Hiasan

Begitulah juga tanggungjawab suami kepada isterinya. Selagi anda menjalankan tanggungjawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan olah agama, anda tidak perlu risau apapun.Allah akan menempatkan anda dipihak yang benar, dan anda tidak akan rugi apa-apa.

Kritikan Akan Membuahkan Kritikan
Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki itu defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirinya. Ia bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki, menjejaskan rasa kepentingan dirinya, dan menyebabkan dia rasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkritik anda pula.

Beri Lelaki Apa Yang Dia Mahu
Dia akan melakukan apa sahaja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh manusia iaitu:-
(1) Kehendak seks, Dan
(2) Kehendak untuk menjadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagia dunia akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan.

Tunjukkan Minat Tulen Terhadap Lelaki
Dia akan menunjukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri atau mengenai kerjanya, ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia kepada anda.

Senyuman Itu Tanda Kasih Yang Tidak Perlu Dibayar
Anda tidak perlu membayar apa-apa utnuk senyum pada lelaki yang anda kasihi.Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan kepada anda itu, begitu jugalah nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyuman menyebabkan lelaki suka pada anda.

Panggilah Lelaki Dengan Panggilan Manja
Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada yang lembut, begitulah pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita.

Hormati Dia Sebagai Lelaki
Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya dan bertolak-ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadikan diri lebih terhormat.

Dengarlah Dengan Baik
Antara masalah besar dalam rumahtangga ialah apabila masing-masing suami isteri tidak mahu berbincang secara terbuka. Dengarlah dengan baik apa yang diperkatakan oleh lelaki,nescaya dia akan mendengar pula apa yang ingin anda katakan.

Bercakaplah Tentang Apa Yang Disukai Lelaki
Lelaki tidak suka mendengar celoteh wanita, mengenai hal-hal remeh-temeh yang biasanya diceritakan oleh wanita kepada wanita.Lebih baik bercakap perkara yang menjadi kesukaannya dan berkaitan dengan minat anda untuk membantu kerjayanya atau membantu mempertingkatkan ekonomi rumahtangga.

Katakanlah Bahawa Dia Penting Dalam Hidup Anda
Dia akan menganggap anda penting dalam hidupnya. Antara kesilapan wanita ialah suka merendah-rendahkan suaminya, atau menganggap bahawa sekiranya perceraian berlaku, ramai lelaki yang lebih baik sikapnya dan sifatnya yang sanggup menjadi suami. Mungkin begitu jugalah suami anda berfikir mengenai anda.

Jangan Katakan Penyesalan Mengahwininya
Apabila anda menyatakan penyesalan mengahwini suami, suami anda akan menyesal mengahwini anda, walaupun dia tidak menyatakannya. Menyatakan penyesalan berkahwin menunjukkan pendeknya akal anda dan lemahnya anda dalam menghadapi dugaan hidup. Sepatutnya anda berusaha untuk merasa gembira mengahwini suami anda.

Elakkan Pergaduhan
Ada wanita yang menunggu-nunggu saat suaminya menegurnya atau menasihatkannya, kerana dia sudah sedia dengan peluru-peluru tohmah dan kejian serta airmatanya. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berkaitan rumahtangga, elakkan pergaduhan, dan janganlah anda pula yang memulakannya.

Jangan Menyalahkan, Minta Maaf Bila Bersalah
Sekiranya anda sukar meminta maaf atas kesalahan anda, dan sebaliknya Amat suka mencari kesalahan lelaki, dia akan menganggap bahawa anda Adalah seorang yang keras kepala dan keras hati, sukar dibentuk. Lebih buruk Lagi dia mungkin merasa bahawa dia telah gagal membentuk diri anda sebagai isterinya, dan mungkin bersebab dari itu, dia cuba mencari jalan keluar.

Hidup Bukan Hanya Di Dunia
Banyak masalah timbul kerana manusia biasanya bertindak dengan akal yang sempit dan tindakannya berbentuk keduniaan. Kejayaan anda di akhirat adalah bergantung kepada betapa baiknya anda kepada suami anda dan betapa bereskah tanggungjawab anda terhadapnya.

Salam…..,

Manchester United have won 10 and drawn one of the games that have directly followed their last 11 league defeats. They have not lost two games in a row since March 2009. But how they fared after suffering shock league defeat?

1991/92 : Lost 4-1 to QPR (Old Trafford, 1 Jan); Won 1-0 vs Everton (Old Trafford, 11 Jan). QPR arrived with United in the league in a race with Leeds. A Dennis Bailey hattrick threw a spanner in the works, but United quickly returned to winning ways in both domestic cups against title-rivals Leeds. Went on to win League Cup, but lost out on title to Leeds.

1996/97: Lost 5-0 vs Newcastle (St. James’ Park, 20 Oct); Lost 6-3 vs Southampton (The Dell, 26 Oct), Lost 2-1 vs Chelsea (Old Trafford, 2 Nov). After 1-0 win against Arsenal in the next game results began to pick up and they went the next 16 unbeaten. By January, United were top of the league….and stayed there.

1999/2000: Lost 5-0 vs Chelsea (Stamford Bridge, 3 Oct); Won 4-1 vs Watford (Old Trafford, 16 Oct); Lost 3-1 vs Tottenham (White Hart Lane, 23 Oct). United made an excellent start to the season and were unbeaten until the Chelsea thrashing. Faltered at Spurs before bouncing back with eight wins in their next 10 games. Won the title by 18 points.

2008/09:  Lost 4-1 vs Liverpool (Old Trafford, 14 May), Lost 2-0 vs Fulham (Craven Cottage, 21 May), Won 3-2 vs Aston Villa (Old Trafford, 5 Apr). Humiliated at home by Fernando Torres, followed by 2-0 loss at Fulham, but United maintained their title grip with a late winner from Federico Macheda against Villa, and went on to win the league and reach the Champions League Final

Source~The Independent

1. There is no electricity bill in Libya; electricity is free for all its citizens.

2. There is no interest on loans, banks in Libya are state-owned and loans given to all its citizens at 0% interest by law.

3. Home considered a human right in Libya – Gaddafi vowed that his parents would not get a house until everyone in Libya had a home. Gaddafi’s father has died while him, his wife and his mother are still living in a tent.

4. All newlyweds in Libya receive $60,000 Dinar (US$ 50,000 ) by the government to buy their first apartment so to help start up the family.

5. Education and medical treatments are free in Libya. Before Gaddafi only 25% of Libyans are literate. Today the figure is 83%.

6. Should Libyans want to take up farming career, they would receive farming land, a farming house, equipments, seeds and livestock to kick- start their farms – all for free.

7. If Libyans cannot find the education or medical facilities they need in Libya, the government funds them to go abroad for it – not only free but they get US $2, 300/mth accommodation and car allowance.

8. In Libyan, if a Libyan buys a car, the government subsidized 50% of the price.

9. The price of petrol in Libya is $0. 14 per liter.

10. Libya has no external debt and its reserves amount to $150 billion – now frozen globally.

11. If a Libyan is unable to get employment after graduation the state would pay the average salary of the profession as if he or she is employed until employment is found.

12. A portion of Libyan oil sale is, credited directly to the bank accounts of all Libyan citizens.

13. A mother who gave birth to a child receive US $5 ,000

14. 40 loaves of bread in Libya costs $ 0.15

15. 25% of Libyans have a university degree

16. Gaddafi carried out the world’s largest irrigation project, known as the Great Man-Made River project, to make water readily available throughout the desert country.

>>>>>>>>>>>>>>ID

is this..who you call a monster? the news made him look like how most of us do.but the same source as to who the media belongs to are the same people that killed him.half of us could agree that the media’s pure bullshit,don’t we..i refuse to believe that cruelty is an attribute alongside humanity.today’s day an age is an age we call ZAMAN FITAN,the age of LIES

Sumber dari website : www.anwaraidc.com

 

Oleh Mohd Aizam bin Mas’od, Cawangan Aqidah Bahagian Penyelidikan, JAKIM – Isu tuntutan penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian di negara ini seharusnya ditangani dengan bijak.

Perbincangan ilmiah dengan memahami maksud tersurat dan tersirat terhadap tuntutan ini harus diselami oleh semua pihak.

Kalimah Allah merupakan kalimah suci yang melambangkan Islam itu
sendiri. Umat Islam semestinya mempertahankan penggunaan kalimah ini agar tidak tersasar dari maksud sebenar.

Ia adalah kewajipan bagi umat Islam dalam mempertahankan kesucian Islam itu sendiri.

Pendahuluan

Pada 31 Disember 2007, pengarang akhbar Herald-The Catholic Weekly, Paderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu tanpa larangan menggunakan kalimah ‘Allah’.

Bagaimanapun kerajaan menegaskan bahawa larangan penggunaan kalimah ‘Allah’ masih kekal.

Pada 3 Januari 2008, kabinet mengekalkan larangan bagi semua agama kecuali Islam daripada menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan akhbar masing-masing. Sebelum ini Kabinet telah memutuskan keputusan yang sama dalam mesyuarat pada 18 Oktober dan 1 November 2006.

Pada 19 Mac 2008, Gereja Katolik telah memohon di Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan penggunaan kalimah ‘Allah’.

Pada 5 Mei 2008, Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) telah membuat keputusan membenarkan permohonan Gereja Katolik untuk membuat semakan kehakiman (undang-undang) terhadap larangan menggunakan kalimah ‘Allah’ dalam penerbitan mingguan Herald-The Catholic Weekly.

Oleh itu, artikel ini digarap (1) dalam rangka menyediakan hujah menolak penggunaan kalimah ’Allah’ oleh penganut Kristian.

Alasan Gereja Katolik Menggunakan Kalimah ‘Allah’

Dalam akhbar The Sun bertarikh 24 Disember 2007, terdapat laporan bertajuk ‘Church leaders explain use of ‘Allah’. Terdapat lima alasan utama yang dikemukakan oleh laporan tersebut mengapa Gereja Katolik ingin meneruskan penggunaan kalimah ‘Allah’ di dalam akhbar terbitan mereka. Alasan yang dikemukakan ialah seperti berikut:

a) Mendakwa mereka mengikut Bible. Bible dalam bahasa Melayu
menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai terjemahan istilah God dan ‘Tuhan’
sebagai terjemahan untuk istilah Lord.

b) Mendakwa bahawa mulai awal abad ke-19, para penganut Katolik di Malaya telah pun memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan kalimah ‘Allah’ telah digunakan sebagai terjemahan kepada istilah God. Para penganut Katolik Malta juga menggunakan kalimah ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan dan demikian juga masyarakat Kristian di Indonesia, Pakistan dan Asia Barat.

c) Mendakwa ayat-ayat al-Quran sendiri telah menunjukkan bahawa golongan bukan Islam juga telah menggunakan lafaz Allah.

d) Mendakwa bahawa segmen (terjemahan) dalam bahasa Malaysia diwujudkan untuk memenuhi keperluan kepelbagaian etnik dan bahasa yang wujud di Malaysia sebagaimana yang wujud di dalam populasi penganut
Katolik di Malaysia.

e) Mendakwa kerajaan tidak mempunyai hak untuk campurtangan dalam urusan dalaman gereja berdasarkan hak yang diberi oleh Perkara 11(3)A
Perlembagaan Persekutuan.

Hujah-hujah Menolak Alasan Pihak Gereja Katolik

Alasan pertama: Mendakwa mereka mengikut Bible. Bible dalam bahasa
Melayu menggunakan ‘Allah’ sebagai terjemahan istilah God dan ‘Tuhan’
sebagai terjemahan untuk istilah Lord.

Hujah-hujah Menolak:

a) Kalimah ‘Allah’ adalah kata nama khas berasal daripada bahasa Arab.
Kalimah ini tidak boleh digunakan dalam bentuk atau makna-makna lain.
Menurut nahu Arab, kalimah ini tidak boleh diumum, dikecil, dilelaki,
diperempuan atau diterbitkan nama-nama lain daripadanya.

Kalimah ‘Allah’ adalah bebas dari segi struktur nahu dan maknanya dari segala korupsi. Kita tidak boleh memanipulasikannya dengan apa cara sekalipun dalam bahasa asalnya.

Dari segi struktur linguistik, kalimah ‘Allah’ lebih superior
daripada apa jua perkataan daripada apa jua bahasa dalam memelihara dan mempertahankan makna ke-Esaan dan keunikan satu-satunya Tuhan yang
layak disembah (2) .

Oleh kerana itu, umat Islam tidak sekali-kali menterjemahkan ‘Allah’ kepada apa jua bahasa melainkan dikekalkan lafaznya yang asal iaitu ‘Allah’.

b) Di peringkat antarabangsa, penggunaan kalimah ‘Allah’ dari segi istilah adalah amat sinonim dengan agama dan umat Islam. Ia diiktiraf oleh kamus kamus serta eksiklopedia terkemuka di dunia.

Antaranya:

i. Kamus Oxford – Allah : Name of God among Muslims(3).

ii. Eksiklopedia Britannica – Allah : “God”, the one and only God in the religion of Islam (4).

iii. Eksiklopedia Katolik – Let it be noted that although Allah is an Arabic term, it is used by all Moslems, whatever be their language,
as the name of God
 (5).

c) Dalam konteks Malaysia kalimah ‘Allah’ tidak diterjemahkan kepada bahasa Melayu atau bahasa Malaysia malah ia dikekalkan tanpa terjemahan.

Oleh itu kalimah ‘Allah’ di Malaysia adalah merujuk terus kepada makna
yang terkandung di dalam teks al-Quran tanpa pengubahsuaian pada lafaz
(terjemahan) mahupun maksud kalimah tersebut.

Ini terbukti sebagaimana definisi ‘Allah’ yang kemukakan oleh Kamus Dewan Edisi Empat:

Allah : Ar (Asal bahasa Arab) Tuhan (Yg Esa); ~ azzawajalla Tuhan Yg
Maha Baik dan Maha Mulia; ~ subhanahu wa taala terpujilah Tuhan yang
Maha Tinggi (6).

Kamus Pelajar pula mendefinisikan kalimah ‘Allah’ seperti berikut:
Tuhan Yang Maha Esa, Yang bersifat dengan sifat-sifat Yang Maha
Sempurna dan Yang mencipta alam ini (7).

Oleh itu kalimah ‘Allah’ tidak boleh dianggap sebagai terjemahan tuhan
dalam bahasa Melayu atau ‘god’ dalam bahasa Inggeris kerana ia adalah
lafaz bahasa Arab yang dikekalkan sebagai mematuhi kitab suci umat Islam yang telah membudaya dalam masyarakat Islam dan dimaklumi sebaiknya oleh bukan Islam di negara ini.

d) Perbuatan pihak Gereja Katolik menterjemahkan perkataan ‘god’ kepada ‘Allah’ juga tidak menepati istilah yang digunapakai oleh masyarakat di negara ini.

Perkataan ‘god’ menurut Kamus Dewan Inggeris-Melayu ialah:
n 1. male deity, dewa, tuhan; (archaic) betara: the Greek ~s, dewadewa
Yunani; 2. idol, berhala, patung; 3. so., st. deified, tuhan: money has become his ~, wang telah menjadi tuhan baginya; make a ~ of /so.,
st/, bertuhankan /sso, sst/; 4. G~, Tuhan; (in Islam) Allah (8).

Takrifan ini dibuat oleh Kamus Dewan berdasarkan budaya yang menjadi
amalan masyarakat di negara ini. Ini bermakna ‘god’ bagi selain Islam
diterjemahkan sebagai dewa dan tuhan.

Manakala ‘God’ (huruf ‘g’ besar) ia digunakan sebagai kata ganti nama yang merujuk kepada ‘Allah’ dan bukan terjemahan bagi kalimah ‘Allah’ dalam bahasa Inggeris (seperti pada takrif no. 4 di atas).

Ia seperti juga umat Islam menggunakan huruf besar untuk setiap huruf pertama bagi kata-kata ganti nama yang lain apabila merujuk kepada ‘Allah’ seperti Aku, Kami, Dia dan Engkau.

e) Bible bahasa Melayu yang didakwa sebagai rujukan kepada penggunaan
kalimah ‘Allah’ juga tidak boleh diterima berdasarkan faktor kredibiliti penterjemahan dan perundangan Malaysia.

Maksud kredibiliti perterjemahan iaitu sehingga kini tidak diketahui pihak berautoriti yang terlibat dalam penterjemahan Bible ke dalam bahasa Melayu (misalnya adakah Dewan Bahasa dan Pustaka dirujuk dalam hal ini?).

Tambahan pula, faktor perundangan menegah penggunaan kalimah-kalimah tertentu yang menjadi hak eksklusif umat Islam untuk digunakan oleh bukan Islam.

Oleh itu alasan yang mengatakan mereka merujuk kepada Bible bahasa Melayu adalah tertolak dengan sendirinya kerana kesahihan penterjemahan Bible tersebut boleh dipertikai.

Alasan kedua: mendakwa bahawa mulai awal abad ke-19, para penganut Katolik di Malaya telah pun memiliki buku-buku doa dalam bahasa Melayu dan perkataan ‘Allah’ telah digunakan sebagai terjemahan kepada istilah God.

Para penganut Katolik Malta juga menggunakan perkataan ‘Allah’ untuk merujuk kepada Tuhan dan demikian juga masyarakat Kristian di Indonesia, Pakistan dan Asia Barat.

Hujah-hujah Menolak

a) Alasan ini adalah bertitik tolak daripada sejarah kedatangan mubaligh Kristian ke Tanah Melayu dan Nusantara. Sejarah telah mencatatkan antara misi utama kedatangan penjajah Barat ke Asia Tenggara adalah untuk mengaut hasil bumi dan menyebarkan agama Kristian ke seluruh rantau ini.

Antara usaha-usaha yang giat dilakukan oleh para mubaligh ini ialah
menterjemahkan Bible ke dalam bahasa penduduk tempatan termasuk
menjalankan upacara keagamaan dalam bahasa yang difahami oleh
masyarakat setempat.

Sebagai contoh, terjemahan Bible oleh Dr. Mekhior Leidekler dalam tahun 1733, telah diterima sebagai satu hasil terjemahan yang standard dan digunakan dengan meluas pada abad ke-18 dan ke-19 di Semenanjung
Tanah Melayu dan Indonesia (9).

Kegiatan menterjemah Bible ini telah terus meningkat dengan munculnya penjajah Inggeris di Tanah Melayu selepas menguasai Pulau Pinang pada tahun 1786 dan Melaka pada tahun 1795.

Stamford Raffles ialah seorang tokoh penjajah Inggeris yang terlibat secara langsung dalam kegiatan mengembangkan agama Kristian menerusi
kegiatan menyebar terjemahan kitab Bible.

Dalam tahun 1852 versi terjemahan dalam tuliasan rumi dan jawi diterbit dan disebarkan dengan meluas di Tanah Melayu.

Stamford Raffles juga merupakan seorang penyokong kuat usaha para mubaligh Protestant dari Pertubuhan Mubaligh London yang berhasrat untuk mendirikan pusat percetakan di Melaka, Pulau Pinang, Singapura dan Betawi.

Selain mencetak terjemahan Bible, kegiatan percetakan ini juga menerbitkan majalah-majalah Melayu yang mengandungi pelbagai bidang ilmu pengetahuan yang diselitkan dengan propaganda Kristian dengan bertujuan pengembangan agama di Tanah Melayu.

Sekitar tahun 1821 – 1905 pelbagai majalah diterbitkan seperti Buletin Arifin, Cermin Mata, Sahabat dan Warta Melayu (10).

Kegiatan menyebarkan bahan propaganda Kristian ini kemudiannya telah
disertai oleh para paderi Protestant dari Amerika Syarikat yang mewakili Lembaga Pesuruhjaya-pesuruhjaya Amerika di Luar Negeri (The America Board of Commisioners of Foreign Missions) (11).

Kesemua fakta ini menunjukkan ada alasan yang nyata untuk kerajaan tidak membenarkan pihak Kristian pada hari ini menggunakan kalimah ‘Allah’ di dalam Bible bahasa Melayu.

Ini kerana terjemahan tersebut tidak melambangkan literature sebenar doktrin agama Kristian sebaliknya bahasa hanya dieksploitasi sebagai perantara untuk menyebarkan dakyah Kristian.

b) Percubaan untuk membandingkan Malaysia dengan negara-negara lain yang menggunakan kalimah ‘Allah’ bagi merujuk kepada ‘god’ juga tertolak.

Ini kerana setiap bahasa yang digunakan oleh setiap bangsa di negara tertentu mempunyai sejarah dan kebudayaan yang berbeza.

Dalam kes ini latar belakang bahasa Melayu yang digunakan oleh penduduk Malaysia lahir daripada rahim agama Islam dan kebudayaan Melayu – budaya Melayu itu sendiri terhasil daripada agama Islam.

Oleh itu, ia wajib mencerminkan kelaziman Melayu yang berpunca daripada agama Islam. Ini sudah tentu berbeza dengan latar belakang bahasa Melayu yang terdapat di Indonesia dan Singapura.

c) Berkenaan penggunaan kalimah ‘Allah’ oleh penganut Kristian di Asia
Barat juga tidak boleh dijadikan hujah.

Bangsa Arab bukan Islam sememangnya telah lama menggunakan kalimah ‘Allah’ berdasarkan faktor teologi dan kebudayaan yang telah sedia wujud di Asia Barat.

Perkara ini dijelaskan sendiri oleh al-Quran apabila al-Quran datang untuk menjernih dan menyucikan semula penyalahgunaan maksud kalimah ‘Allah’ yang digunapakai oleh golongan Jahiliyyah dan ahli kitab yang terdiri daripada Yahudi dan Nasrani.

d) Dalam konteks etimologi dan semantik pula, alasan Gereja Katolik untuk merujuk kepada masyarakat Kristian Arab adalah tersasar jauh.

Mereka tidak boleh membandingkan apa yang berlaku kepada Kristian Arab dengan Kristian di Malaysia.

Apa yang berlaku di negara-negara Arab ialah pihak Kristian Arab menterjemahkan Bible daripada bahasa Suryani (Syria/Syam) atau Aramik dan bahasa Ibrani (Hebrew) kepada bahasa Arab.

Perlu diketahui bahasa Arab, Aramik dan Ibrani berada dalam rumpun bahasa yang sama iaitu rumpun Semitik.

Oleh itu, Kristian Arab mempunyai hak untuk berhujah bahawa kalimah ‘Allah’ berkemungkinan berasal daripada nama asal tuhan mereka dalam bahasa Aramik atau Ibrani.

Tetapi apa pula rasional pihak gereja Kristian untuk menterjemahkan ‘god’ dalam Bible bahasa Inggeris kepada ‘Allah’ dalam Bible bahasa Melayu?

Bukankah kedua-duanya adalah dua rumpun bahasa yang jauh berbeza dari segi etimologi dan semantik bahkan suasana yang membudayai penggunaan
bahasa-bahasa itu?

Alasan ketiga: Mendakwa ayat-ayat al-Qur’an sendiri telah menunjukkan
bahawa golongan bukan Islam juga telah menggunakan lafaz Allah.

Hujah-hujah menolak:

a) Antara ayat yang sering dirujuk oleh pihak gereja Katholik ialah surah al- ‘Ankabut ayat 61:

Maksudnya: Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya
kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi dan memperjalankan matahari dan bulan?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Maka mengapa mereka terpedaya?.

Begitu juga surah al-Ma’idah ayat 73:

Maksudnya: Demi sesungguhnya telah kafirlah orang yang berkata:
“Bahawasanya Allah ialah salah satu daripada tiga tuhan”. Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

Kedua-dua ayat tadi sebenarnya tidak boleh menjadi hujah bagi golongan
bukan Islam untuk menggunakan kalimah ‘Allah’. Ia berdasarkan alasan alasan berikut:

i. Dalam surah al-‘Ankabut ayat 61, al-Qur’an hanya merakamkan sejauhmana kefahaman masyarakat Arab Jahiliyyah menggunakan kalimah ‘Allah’. Ia bukan untuk mengiya atau membenarkan penggunaan tersebut.

Sebaliknya ia mahu menjelaskan bagaimana kalimah ‘Allah’ sudah dikenal oleh masyarakat Arab sebelum Islam.

Daripada informasi ayat-ayat seperti ini, al-Qur’an menjelaskan orang
Arab Jahiliyyah hanya mengenal Allah sebagai (1) pencipta langit dan
bumi; (2) yang memudahkan peredaran matahari dan bulan; (3) yang
menurunkan air dari langit; dan (4) tempat menggantungkan harapan.

Konsep ini jelas bertentangan dengan konsep ‘Allah’ yang sebenar iaitu sebagai Zat yang wajib disembah dan tidak dipersekutukan (12).

ii. Manakala surah al-Ma’idah ayat 73 pula tidak boleh menjadi alasan
kepada pihak Kristian untuk menggunakan kalimah ‘Allah’. Ini
kerana Allah SWT sendiri menafikan golongan yang mengatakan Zat-
Nya itu satu oknum daripada tiga oknum (triniti).

Malah mereka dianggap kafir (13). Ini bermakna sebutan ‘Allah’ yang keluar dari lidah golongan Kristian itu adalah sia-sia dan tiada nilai di sisi Allah kerana ia tidak merujuk kepada kalimah ‘Allah’ yang sebenar.

Sebagaimana maklum, kalimah ‘Allah’ merujuk kepada zat (esensi) yang
dinamakan. Sebagai perumpamaan mudah, perkataan ‘kereta’ adalah merujuk kepada kenderaan bermotor. Oleh itu, tiada makna bagi orang
yang menggunakan perkataan ‘kereta’ untuk merujuk kepada alat
menjahit pakaian.

Sekiranya ia masih menggunakan perkataan ‘kereta’ tetapi merujuk kepada alat yang salah, ini bermakna penggunaan perkataan itu adalah sia-sia dan tidak bermakna.

b) Menjadikan al-Quran sebagai rujukan untuk menyokong alasan golongan
bukan Islam menggunakan kalimah ‘Allah’, bukanlah satu alasan bagi
Gereja Katolik tetapi hujah bagi umat Islam.

Ia melambangkan kegagalan Gereja Katolik untuk berhujah berasaskan teks asal kitab agama mereka.

Bagi umat Islam, ini menjadi bukti bahawa al-Quran merupakan kitab suci yang memiliki fakta-fakta yang utuh dan konsisten. Ia juga menjadi bukti bahawa Gereja Katolik menggunakan al-Quran sebagai sumber paling dipercayai untuk mengakui ‘Allah’ sebagai nama tuhan berbanding berhujah berdasarkan perbahasan sejarah dan ilmu bahasa.

Oleh yang demikian, fakta-fakta mengenai ‘Allah’ sepertimana yang dibentangkan oleh al-Quran juga hendaklah diterima.

Atau adakah Gereja Katolik ingin mengatakan bahawa lafaz ‘Allah’ di
dalam al-Quran itu merujuk kepada lafaz Elohim dalam kitab asal mereka
berbahasa Ibrani? Jika kalimah ‘Allah’ dan Elohim itu merujuk kepada
hakikat yang sama, mengapa pula konsepnya berbeza.

Al-Qur’an mengatakan Allah itu Maha Esa dan tidak mempunyai anak sebaliknya Gereja Katolik berpegang kepada konsep triniti. Ini sekaligus memberi makna konsep ‘Allah’ di dalam Islam adalah amat konsisten sehingga umat Islam tidak perlu menterjemahkannya kepada mana-mana bahasa dunia.

Ia berbeza dengan konsep ketuhanan agama Kristian yang tidak memiliki
sumber yang jelas dan konsisten sehingga memerlukan penterjemahan dan
pinjaman daripada bahasa lain.

Alasan keempat: Mendakwa bahawa segmen (terjemahan) dalam Bahasa
Malaysia diwujudkan untuk memenuhi keperluan kepelbagaian etnik dan bahasa yang wujud di Malaysia sebagaimana yang wujud dalam populasi penganut Katolik di Malaysia.

Hujah-hujah Menolak:

a) Alasan penterjemahan kepada Bahasa Malaysia sebagai lambang
kepelbagaian yang wujud dalam populasi masyarakat Kristian Katolik juga tidak boleh diterima.

Perlu diketahui bahawa bahasa Malaysia berasal daripada Bahasa Melayu. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyebut Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia.

Perlu diingat bahawa ketika perlembagaan digubal, istilah “Malaysia” belum wujud.

Oleh itu, apabila kita merujuk kepada bahasa Malaysia ia sudah tentu
merujuk kepada bahasa Melayu yang sekaligus merujuk kepada masyarakat
Melayu Islam.

Justeru peristilahan-peristilahan khusus yang telah menjadi syiar dan perlambangan kepada masyarakat Melayu Islam sudah tentu tidak
sekali-kali boleh diubah konsepnya untuk diterap kepada satu budaya dan agama yang lain.

b) Memaksakan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam kalangan Kristian Katolik yang bertutur dalam bahasa Melayu di negara ini juga, secara logiknya sudah pasti memberi kesan negatif terhadap konsep ketuhanan dalam agama Kristian.

Telah dimaklumi bahawa kalimah ‘Allah’ itu adalah kalimah yang
didominasi oleh umat Melayu Islam secara politik dan kebudayaan yang
terdiri daripada 60% penduduk Malaysia berbanding hanya 9.1% penganut
Kristian pelbagai mazhab.

Bukankah dengan penggunaan peristilahan yang sama bakal menimbulkan kecelaruan dalam kalangan penganut Kristian berbahasa Melayu sendiri?

Justeru, penterjemahan yang lebih tepat seperti ‘Tuhan’ sepatutnya digunakan oleh Gereja Katolik bagi menjamin kepercayaan agama Kristian sentiasa terpelihara selain mengelakkan kekeliruan.

Alasan kelima: Mendakwa kerajaan tidak mempunyai hak untuk campurtangan di dalam urusan dalaman gereja berdasarkan hak yang diberi oleh Perkara 11(3a) Perlembagaan Persekutuan.

Hujah-hujah menolak:

a) Alasan ini adalah tidak benar sama sekali. Sebaliknya kerajaan telah diberi hak oleh Perlembagaan Persekutuan dalam Perkara 11(4) (untuk mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam).

Di bawah peruntukan ini kerajaan (sama ada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri) telah nmenggubal undang-undang mengawal dan menyekat pengembangan agama agama bukan Islam terhadap umat Islam.

Sebagai contoh Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Negeri Terengganu 1980, Seksyen 9 menyebut; (melarang seseorang (bukan Islam) daripada menggunakan perkataan-perkataan tertentu baik dalam tulisan, ucapan atau kenyataan untuk menggambarkan antaranya kepercayaan atau konsep mana mana agama bukan Islam.

Perkataan-perkataan itu termasuklah Allah, Ilahi, Rasul, Nabi, Wahyu, Iman, Imam, Syariah, Ulama, Dakwah, Ibadah, Injil dan lain-lain).

Peruntukan ini jelas menunjukkan bahawa menggunakan kalimah ‘Allah’ sebagai terjemahan kepada perkataan ‘god’ di dalam Bible adalah menyalahi undang-undang yang sedang berkuatkuasa di negara ini.

Oleh itu, ia tidak boleh disifatkan sebagai urusan dalaman gereja.

Hujah-hujah Tambahan Sebagai tambahan kepada hujah-hujah tadi, empat persoalan dikemukakan terhadap Gereja Katolik berhubung tuntutan mereka yang memerlukan jawapan bagi umat Islam di Malaysia iaitu:

a) Mengapa Gereja Katolik tidak menggunakan kalimah asal bagi tuhan
sebagaimana yang terkandung dalam bahasa asal kitab mereka? Mengapa
nama tuhan perlu diterjemah sedangkan nama tuhan adalah satu kata nama
khas yang sepatutnya digunapakai tanpa mengira bahasa pertuturan si
penganut agama. Bukankah kalimah tuhan dalam Bible berbahasa Ibrani
ialah Elohim, El, Eloh atau Elah?

b) Mengapa masih wujud percanggahan antara penganut Kristian tentang
gelaran kepada tuhan? Pada Ogos 2007, seorang paderi Roman Katolik di
Belanda, Tiny Muskens, telah membuat seruan supaya penganut Kristian
menggunakan kalimah ‘Allah’.

Bagaimanapun seruan tersebut telah mendapat bantahan daripada penganut Kristian sama ada dalam kalangan Protestan mahupun Katolik. Presiden Liga Katolik Bagi Hak Agama dan Sivil telah membantah saranan tersebut dalam kenyataannya, “Bishop Martinus Tiny Muskens can pray to “Allah” all he wants, but only addlepated Catholics will follow his lead. It is not a good sign when members of the Catholic hierarchy indulge in a fawning exchange with Muslims, or those of any other religion”(14).

Manakala Pengerusi General Synod of the Dutch Protestant Church, Gerrit de Fijter juga menolak cadangan Muskens supaya penganut Kristian menggunakan kalimah ‘Allah’, beliau berkata, “I applaud every attempt to encourage dialogue with Muslims, but I doubt the sense of this maneuver”(15).

Di samping itu, terdapat artikel berbahasa Arab tulisan Izzat Andrews,
seorang penganut Kristian Koptik di Mesir berjudul ‘Allah bukan tuhan
agama Kristian dan Yahudi’.

Beliau mengatakan bahawa kalimah ‘Allah’ hanya berasal daripada penggunaan orang Jahiliyyah yang merujuk kepada tuhan bulan.

Ia tidak pernah termaktub dalam kitab-kitab Yahudi mahupun Nasrani.

Tuhan bagi agama Kristian ialah Elohim (16).

Kenyataan-kenyataan di atas jelas menunjukkan bahawa penggunaan kalimah ‘Allah’ bagi agama Kristian masih menjadi suatu polemik dalam kalangan agamawan Kristian.

Oleh itu apa hujah Gereja Katolik di Malaysia untuk mempertahankan
penggunaan kalimah ‘Allah’ sedangkan ia sendiri belum dimuktamadkan
oleh Kristian di peringkat dunia?

c) Sebagaimana hujah yang telah dikemukakan sebelum ini, penjajah Kristian yang datang ke Tanah Melayu mempunyai dua matlamat utama.

Antaranya ialah untuk menyebarkan agama Kristian ke seluruh rantau ini.

Laporan Bernama yang dipetik dari majalah The Minaret terbitan Pusat Islam California mengatakan pendakyah Kristian menjadikan Malaysia antara negara sasaran bagi satu gerakan Kristianisasi yang digelar “Window 10/40”.

Ini kerana Malaysia salah satu negara yang terletak di antara garis lintang 10 dan 40 di peta dunia (17).

Malah dalam satu laporan, Jabatan Agama Islam Johor bersama-sama dengan Kementerian Dalam Negeri telah merampas 250 judul buku mengenai ajaran Kristian dalam bahasa Melayu.

Buku-buku tersebut menggunakan judul seperti Kaabah, Wahyu Ilahi dan Mengenal Rasul.

Sekali pandang kepada tajuk-tajuknya ia seperti taktik untuk cuba menarik minat orang-orang Islam membaca buku-buku ini (18).

Oleh itu, apa jaminan Gereja Katolik untuk mengatakan bahawa penggunaan kalimah ‘Allah’ hanya terbatas buat penganut Kristian dan bukan terhadap umat Islam?

d) Adakah Gereja Katolik bersetuju sekiranya dikatakan bahawa fakta-fakta tentang tuhan di dalam Bible itu tidak sejelas dan setepat al-Quran malah bercanggah antara satu sama lain.

Sebagai contoh, terdapat ayat di dalam Bible yang merujuk kepada ke-Esaan tuhan seperti di dalam Perjanjian Lama yang menyebut; Ingatlah wahai bangsa Israel! Tuhan satu-satunya ialah Allah kita.(19)

Bagaimanapun di tempat yang lain banyak ayat yang menyanggah ke-Esaan tuhan seperti di dalam Perjanjian Baru; Setelah semua orang dibaptis, Jesus juga dibaptis.

Ketika Dia berdoa, langit terbuka, dan Roh Allah berwujud burung merpati turun ke atas-Nya.

Lalu terdengar satu suara dari Syurga mengatakan: “Engkaulah Anak-Ku yang Aku kasihi. Engkau menyenangkan hatiKu.”(20)

Sedangkan fakta-fakta tentang Allah di dalam al-Quran amat konsisten dan tidak pernah berubah-ubah.

Surah al-Ikhlas menyebut dengan jelas siapakah ‘Allah’ yang sebenar. Allah SWT berfirman:

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “(Tuhanku) ialah Allah yang
Maha Esa; “Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon
sebarang hajat; “ Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
“Dan tidak ada sesiapapun yang setara denganNya”.

Sehubungan itu, al-Quran mengajar umat Islam apabila berlaku pertembungan antara Islam dengan ahli kitab (Yahudi dan Kristian),
menjadi tanggungjawab umat Islam menyeru mereka supaya menerima
konsep ‘Allah’ sebagaimana yang dijelaskan oleh al-Quran tersebut.

Allah SWT berfirman berkenaan hal ini di dalam surah Ali Imran ayat 64:

Maksudnya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai Ahli Kitab, marilah
kepada satu Kalimah yang bersamaan antara kami dengan kamu, iaitu kita
semua tidak menyembah melainkan Allah, dan kita tidak sekutukan
denganNya sesuatu jua pun; dan jangan pula sebahagian dari kita
mengambil akan sebahagian yang lain untuk dijadikan orang-orang yang
dipuja dan didewa-dewakan selain dari Allah”.

Kemudian jika mereka (Ahli Kitab itu) berpaling (enggan menerimanya) maka katakanlah kepada mereka:

“Saksikanlah kamu bahawa sesungguhnya kami adalah orang-orang Islam”.

Persoalannya adakah Gereja Katolik bersedia untuk mempertimbangkan
seruan al-Qur’an untuk menggunakan kalimah ‘Allah’ dengan merujuk
kepada hakikat yang sama iaitu Tuhan Yang Maha Esa tanpa sebarang
sekutu bagi-Nya?

Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia kali ke-82 yang bersidang pada 5 hingga 7 Mei 2008 memutuskan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah khusus buat agama dan umat Islam sahaja.

Pandangan Tokoh Ulama Luar Negara

Pandangan Wakil al-Azhar (Timbalan Syeikh al-Azhar) dan Ketua Lajnah
Dialog Antara Agama al-Azhar, Fadhilat al-Syeikh Abdul Fattah ‘Allam

Beliau berpendapat bahawa tindakan kerajaan Malaysia menegah penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam adalah tepat.

Ini kerana kalimah Allah tidak boleh disamaertikan dengan kalimah Rabb yang membawa makna Yang Mewujudkan.

Sebagaimana maklum penganut bukan Islam menamakan sebarang tuhan yang mereka sembah seperti batu, haiwan, matahari dan lain-lain sebagai
Allah.

Hal ini sudah tentu amat tidak wajar sama sekali dan menyalahi maksud
kalimah Allah itu sendiri sebagaimana yang termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Hadith (21).

Pandangan Penasihat Undang-undang Kementerian Kehakiman Arab Saudi,
Syeikh Abdul Muhsin al-‘Abikan.

Beliau berpendapat bahawa pendekatan Kerajaan Malaysia ini adalah bertujuan untuk mengelakkan daripada penyalahgunaan nama ‘Allah’ melainkan hanya kepada Yang Maha Pencipta (tuhan yang sebenar ).

Ia kerana terdapat agama-agama lain yang juga menggunakan kalimah Allah bagi agama mereka sedangkan mereka adalah penyembah berhala, oleh itu nama ‘Allah’ tidak sepatutnya digunakan bagi menggambarkan tuhan-tuhan yang selain-Nya (22).

Tokoh Pergerakan Perlembagaan Islam (Islamic Constitutional Movement)
Kuwait, Syeikh Abdul Hamid al-Ballali

Beliau menyokong penuh keputusan kerajaan Malaysia untuk tidak membenarkan penganut bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai panggilan bagi tuhan mereka.

Beliau beralasan bahawa keputusan tersebut amat signifikan bagi
memelihara maksud istilah sebenar bagi kalimah Allah.

Umat yang gagal memelihara istilah-istilah agamanya adalah umat yang leka.

Sedangkan Allah SWT telah mengangkat umat ini sebagai sebaik-baik umat.

Menurutnya lagi umat Islam perlu sedar banyak istilah-istilah yang berasal daripada Islam pada hari ini telah cuba dieksploitasi, disalahguna atau dipesongkan maknanya oleh pihak tertentu.

Ianya seperti istilah ‘syahid’ yang juga digunapakai bagi penganut bukan Islam.

Istilah ‘riba’ yang ditukarkan kepada ‘faedah bank’. Istilah ‘khamar’ yang ditukarkan kepada ‘minuman rohani’.

Istilah ‘liwat’ yang ditukarkan kepada istilah ‘hubungan sesama jenis’.

Persoalannya adakah umat Islam sedar tentang fenomena ini sebagaimana
kesedaran yang dipamerkan oleh Kerajaan Malaysia?(23)

Keputusan Kerajaan

Keputusan mesyuarat Kabinet bertarikh 16 Mei 1986 juga telah memutuskan bahawa perkataan Allah adalah termasuk antara kalimah-kalimah yang dilarang penggunaannya oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Malah penggunaan kalimah Allah, Baitullah, Solat dan Kaabah telah pun diwartakan hanya eksklusif buat umat Islam sahaja di bawah Warta P.U (A) 15/82 dan pekeliling KKDN.S.59/3/6/A bertarikh 5 Disember 1986.

Manakala Jemaah Menteri yang bermesyuarat pada 3 Januari 2008, memutuskan untuk mengekalkan larangan tersebut sebagaimana yang pernah diputuskan pada 18 Oktober dan 1 November 2006.

Kesimpulan

Berdasarkan hujah-hujah yang telah dinyatakan, tiada sebab untuk kerajaan membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ kepada pihak Kristian.

Malah keputusan kerajaan adalah selari dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menobatkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan.

Umat beragama di Malaysia telah sedia maklum bahawa sebarang isu yang berkaitan dengan Islam sama ada secara langsung atau tidak seharusnya menghormati kedudukan istimewa agama Islam dan umat Melayu Islam di negara ini.

_____________

1 Artikel ini telah diterbitkan di dalam Jurnal Penyelidikan JAKIM Bil. 21 Tahun 2008.

2 _______(1990), Mengapa Kalimah Allah?, Bahagian Hal Ehwal Islam, JPM KL, hal. 32-33.

3 A.S Hornby(1985), Oxford Advanced Learner’s Dictionary Of Current English, OxfordUniversity Press, Great Britain, p. 23.

4 http://www.britannica.com/eb/article-9005770/Allah. Dilayari pada 8 Jun 2008.

5 http://www.newadvent.org/cathen/01316a.htm. Dilayari pada 8 Jun 2008.

6 http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/dbp_ka_rujukan_kamus_dbp.aspx. Dilayari pada 8 Jun 2008.

7 Ibid.

8 http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/dbp_ka_rujukan_kamus_dbp.aspx. Dilayari pada 8 Jun 2008.

9 Neill,S(1956). Colonialism and Christian Missions. London: Lutterworth Press, hal. 77.

10 Ibid, hal. 180-181.

11 Ibid

12 Tafsir Ibn Kathir, j. 6, hal. 403.

13 Tafsir al-Tabari, j. 10, hal. 482.

14 http://www.foxnews.com/story/0,2933,293394,00.html. Dilayari pada 8 Jun 2008.

15 http://www.news.com.au/story/0,23599,22254040-13762,00.html. Dilayari pada 8 Jun 2008.

16 http://www.coptichistory.org/new_page_197.htm

17 Berita Harian, 4 Februari 1997

18 Utusan Malaysia bertarikh 3 Februari 1997

19 Rujuk Al-Kitab, The Bible Society Of Malaysia, Perjanjian Lama Buku Ulangan bab 6 ayat 4

20 Rujuk Al-Kitab, The Bible Society Of Malaysia, Perjanjian Baru Lukas bab 3 ayat 21 dan 22

21 Kenyataan ini dibuat oleh beliau ketika penulis menghadiri Kursus Pengendalian Fatwa dan Pengurusan Dakwah dari Mei-Julai 2009.

22 Fail Cawangan Aqidah JAKIM.

23 Fail Cawangan Aqidah JAKIM.

Rujukan
Ibn Kathir, Tafsir al-Qur’an al-‘Azim
Al-Thabari, Jami‘ al-Bayan fi Tafsir al-Qur’an
_______(1990), Mengapa Kalimah Allah?, Bahagian Hal Ehwal Islam, JPM KL.
A.S Hornby(1985), Oxford Advanced Learner’s Dictionary Of Current English,
Oxford University Press, Great Britain.
Neill,S(1956). Colonialism and Christian Missions. London: Lutterworth Press.
Berita Harian, 4 Februari 1997
Utusan Malaysia bertarikh 3 Februari 1997
Al-Kitab, The Bible Society Of Malaysia

http://www.news.com.au/story/0,23599,22254040-13762,00.html.

http://www.coptichistory.org/new_page_197.htm

http://www.britannica.com/eb/article-9005770/Allah.

http://www.newadvent.org/cathen/01316a.htm.

http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/dbp_ka_rujukan_kamus_dbp.aspx.

http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/dbp_ka_rujukan_kamus_dbp.aspx.

http://www.foxnews.com/story/0,2933,293394,00.html.

 

Sumber dari website : www.anwaraidc.com

Salam….,

Semalam ada satu kejadian ngeri pernah aku tempuhi. Menonton kekalah Man United 6-1 kepada CT…perh…!! Sakit hati…!!! Segalanya tak menjadi pada United. Segala kelam-kabut. Rooney tak menjadi. Evra pun sama. Nani kiok, Ashley Young asyik kena…dan aku melihat kebodohan Johnny Evans…bengongnya defender. Dah la kau jatuhkan Ballotelli pas tu poie sepak bola jauh apa hal? Defence United memang out malam tadi. Yang aku tengok bermatian main malam tadi adalah Chris Smalling…Ferdinand…! Manakala Fletcher…aduh…macam mana mamat nie main walaupun dia score sebijik malam tadi tapi tahap permainan dia terlalu predictable.

Tapi ada yang pelik malam tadi. Masa CT score 2 biji, aku tak nampak pun Ferguson turun kat tepi padang macam biasa. Dia cuma duduk relax kat atas. Ini bukan Ferguson….Selalu kalau dah down 2-0, dia akan turun ke sisi padang untuk beri arahan tapi dia tak jugak turun. Aku ada gak bukak web yang lain dan tak ada plak cerita hairdryer macam dulu. Dan yang aku pelik, bila Vincent Kompany jatuhkan Danny Walbeck padahal mamat tu ada clear way cuma di kenakan kad kuning…manakala budak bodoh Evans dikenakan kad merah?

Hmmm….apa2 pun memang nightmare…! tapi elok gak united kalah malam tadi dengan score macam tu. Malam tadi dia orang lupa dia orang main bola…dia orang lupa macam mana nak score…dia orang lupa macam mana nak defence. Pada aku, United tetap team terbaik di dunia..more than Madrid and barcelona..jauh lagi hebat dari CT, Arssseee nal, Liver’fucking’fool dan Chelshit! Kalau tak terbaik, macam mana United bleh menang 60 Cups compare to Liver’fucking’Fool yang cuma pernah menang 58 cups…Generate income sendiri untuk beli players bukan macam Chelshit dan CITOT yang duk tunggu owners pump duit.

So in future, kalau lah boleh…aku tak nak ada 2 nama dalam team sheet united bila dia orang main….Fletcher ngan Evans…

On the other hand….Kudos to CITOT…! To MANCHESTER UNITED….you’re still the champion!!!! Forever United!!!

 

Ronin

MiSTAKen IDentItY…………..Glory! Glory! Man United!!!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.